Pages Navigation Menu

Seni Ikatan Tanjak atau Destar Melayu

Posted on Oct 29, 2011 | 21 comments

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Baru-baru ini ada seorang sahabat tanya pada aku, “Tak ada sesiapa ke yang sudi buatkan satu kelas untuk mengajar cara-cara mengikat tanjak Melayu ni? Kalau tak ada yang sudi mengajar, macam mana budaya warisan Melayu ni nak dipelihara dan macam mana anak-cucu nak kenal budaya bangsa..?”

Aku hanya mampu tersenyum sambil perhatikan sahabat tu. Betul apa yang dikatakannya tu. Lalu aku pun menjawab, “Di Malaysia sekarang ni hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi orang yang masih tahu mengikat tanjak Melayu. Kebanyakkannya dari mereka-mereka ini semuanya dah separuh abad umurnya. Dah tua. Mana mampu lagi nak buat kelas mengajar. Yang masih muda-muda yang aku tahu adalah dua-tiga orang. Seorang namanya Muhammad Yatim Mustaffa, di Kedah, seorang lagi yang aku kenal ada di Wisma Yakin, Kuala Lumpur yang mampu membuat pelbagai jenis ikatan tanjak atau destar Melayu.. Mereka-mereka ini semuanya sibuk saban hari dengan kerjaya masing-masing. Sama juga macam aku, kesibukkan di pejabat menghalang aku untuk mengadakan kelas ikatan tanjak. Sedang nak turun gelanggang bersilat pun sekarang ni aku kena curi-curi masa.. Haha.” Balas aku sambil ketawa besar..

Tapi inilah realiti dan senario yang dapat kita lihat hari ini. Ramai sebenarnya pembuat tanjak di Malaysia ni, tapi rata-ratanya ramai yang hanya kenal dan tahu cara melipat ‘Dendam Tak Sudah’ sahaja kerana itu sahajalah ikatan tanjak yang popular di kalangan raja sehari. Jadi Mak Andam dan Pak Andam pun dah malas nak ambil tahu jenis-jenis lipatan dan ikatan yang lain. Sayang seribu kali sayang.. Tapi apa daya kita?

Setelah beberapa minggu aku mencari di internet kalau-kalau ada di tunjukkan cara mengikat atau membuat tanjak (gambar atau video) aku hanya menemui dua sahaja. Satu video ‘Tanjak Making In Pekan‘ yang menunjukkan cara pembuatan ‘Lang Menyusur Angin’ dan satu lagi berjudul ‘Tengkolok’ (yang ternyata salah teknik yang dibuat oleh anak muda tersebut). Di sebabkan atas kesibukkan aku juga, aku sendiri gagal mengadakan kelas-kelas lipatan dan ikatan tanjak Melayu. Tapi apa yang termampu aku lakukan hanyalah dengan menghasilkan rakaman video ini yang Inshaallah boleh menunjukkan cara yang mudah difahami oleh orang ramai mengenai cara sebenar mengikat tanjak atau destar atau tengkolok..

Semoga dengan cara mudah ini, kita dapat berusaha bersama untuk melestarikan dan memelihara warisan budaya bangsa Melayu ini. Sebar-sebarkan lah video ini agar menjadi kegunaan buat semua. Amin dan Inshaallah!

NOTA (Di kemaskini pada 9hb Mei 2014): Buat pengetahuan pembaca yang dihormati sekaliannya, saya kini tidak lagi mengambil sebarang tempahan untuk menyolek / membuat / melipat tanjak akibat kekangan masa kerja yang terlalu meruncing. Walau bagaimanapun, jika ada mana-mana pembaca yang ingin menempah set tanjak, Tuan-Tuan dan Puan-Puan masih lagi boleh berbuat demikian dengan berhubung terus kepada sahabat saya, Khairul Hafiz / Serunai Fakir di laman blog ‘Kronikel Tanjak Melayu‘ atau berhubung terus di talian + (6) 019 241 4928 untuk bercakap dengan beliau. Sekian terima kasih.

Leave Comments