Sunnah Memanah Baginda Rasulullah SAW
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Alhamdulillah.. Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun aku mula memanah sejak artikel pertama mengenai Memanah Tradisional yang aku tulis di blog ini tahun 2011 dahulu. Untuk menjadi seorang pemanah yang baik, perlukan latihan setiap hari. Kepada mana-mana individu yang ingin menajamkan panahannya, mereka perlu melakukan laithan memanah sekurang-kurangnya 100 anak panah setiap hari. Antara kata-kata perangsang yang dititipkan kepada aku berbunyi begini; “Sehari tidak memanah, Tuhan akan tahu.. Dua hari tidak memanah, empunya diri sendiri akan tahu.. Tiga hari tidak memanah, sahabat-sahabat lain akan tahu..” Begitulah simboliknya kepada memanah ini yang memerlukan disiplin tinggi dan istiqo’mah berterusan shinggakan bila kita tidak memanah lagi, maka skill yang ada selama ini akan hilang begitu sahaja..
Perkara ini seperti yang dianjurkan Nabi SAW dalam riwayat Baginda yang berbunyi;
Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: “Aku adalah seorang pemanah.” Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
“Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.”
Dari Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:
مَرَّ النبيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُوْنَ فَقالَ: اِرْمُوا بَنِي إِسْماعِيْلَ فَإنَّ أَباكُمْ كَانَ رَامِياً
“Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang berlomba memanah. Lalu beliau bersabda, “Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail, karena sungguh ayah kalian adalah seorang pemanah.”
(HR. Al-Bukhari no. 2899)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
(HR. Muslim no. 1917)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا أَوْ فَقَدْ عَصَى
“Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.”
(HR. Muslim no. 1919)
Penjelasan ringkas:
Agama Islam adalah agama yang kuat dan agama yang memerintahkan untuk senantiasa mempersiapkan kekuatan dan menempuh semua wasilah dalam mengumpulkan kekuatan. Dan di antara bentuk persiapan kekuatan yang diperintahkan dalam Islam adalah memanah dan menembak. Baginda Nabi SAW mendorong para sahabat dan umatnya agar bersemangat dan berlumba dalam mempelajarinya karena kemampuan memanah dan menembak ini sangat diperlukan dalam jihad di jalan Allah dan dalam membela kaum muslimin. Dan dari sisi yang lain, Baginda Nabi SAW juga mencela dengan sangat orang yang mengetahui cara memanah yang baik lalu dia meninggalkannya tanpa uzur yang dibenarkan oleh syariat.

“Melayu – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Al fatehah..
Dedikasi kepada sekian pejuang.. Ahli Allah, ahli syahid, insan yang terinaya dan diinayai, sekian ibu-ibu (perwisa yang senyap) dulu sekarang dan akan datang..
Buat mu Habibullah Ya Rasulullah.. Salallahualaihi Wassalam.
“MELAYU – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Dulu..
Di sini..
Di sini ini..
Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita
Tinggi Beruas turun ke lembah
Hulu semenanjung sampai ke Manjung
Gangga Negara nama ditanda
Menjulang tinggi adaban dunia..
Dulu..
Di sana..
Di sana itu..
Ditulis surat
Persuratan tua buat umat
Tamra ditanda batu bersurat
Tinggal sepi dalam negeri Megat..
Di Kuala Berang terpecah urat..
Sayup terdengar jeritan kelam..
Ini negeri Megat Panji Alam..!
Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay’tul Rasul..!
Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..
Di sini.. Dalam akhir zaman..
Ini..
Maka tersurat…
Apa yang tersirat…
“Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..
Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam.
“DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!”
Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..
DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!
Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;
Tuhan..
Tuhan..
Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..!
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..
Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua..”
“KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN..”
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Dulu..
Di atas..
Di atas sana..
Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..
Kalha.. Kataha..
Nama tercipta Negeri Kedah Tua
Sheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..
Berjanji teguh adinda kekanda..
Gunung Jerai ke Langkasuka..
Dulu..
Di bawah..
Dan di seberang sana..
Berteguh janji bapa saudara
Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya,
Adil saksama ganjaran di beri
Memberi malu tidak sekali”
Hikayat berlalu pecah gelora
Parameswara jadi Maharaja
Jadi lambang daulat negara
Kekallah Melaka jadi seadanya..
Dulu..
Di bawah sana..
Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka Raja
Tun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenaga
Lekir di hilir, Lekiu di hulu
Jebat-Kasturi tinggi berdiri..
Hilang..
Hilang terus perjanjian tua..
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?”
Dulu..
Di sana..
Tiba giliran Paduka Sultan beraja
Sultan Mahmud Shah jadi ingatan
Benggali Putih buat belasahan..
Terbakarlah Melaka zaman berzaman..
Undur Sultan ke serata peri..
Tinggal sekeping hati dan alatan negeri
Kampar benteng harapan buat baginda merajai
Kekal tak kembali ke Melaka lagi..
Dulu..
Di tanah ini..
Raja Muzzaffar dijemput pergi..
Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi
Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..
Sambil diiring Paduka seberang..
Daulat raja di ranah Minang
Megat Terawis hulubalang terbilang..
Dulu..
Di bumi ini..
Datang pula dugaan Tuhan
Buat menguji hati sang raja
Supaya ingat akan asal dan jasa
Usul dititah untuk dijaga..
Lantas..
Dia berbisik..
Berbisik dari hati yang suci murni
Buat jadi benteng diri
Dari ‘penghuni’ segenap negeri..
“Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka..”
Hari ini..
Kini di sini..
Apa yang tinggal hanya kita-kita..
Menggalas tanggungan beban derita..
Bukan hanya sekadar cerita..
Buat mainan dikala hiba..
Atau buat mengulit si kecil lena..
Hari ini..
Di bumi ini..
Yang tinggal hanyalah aku dan kamu
Setelah cukup zaman itu
Kini bermula zaman yang baru
Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..
Aku dan kamu
Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama
bangsa tanahair
Tanah tumpah nya darahku
Tanah yang sekangkang kera ini..
Inilah tanah kita..
Ini Tanah para Syed dan Syarifah..
Ini tanah Raja-Raja
Ini tanah Megat-Megat
Ini tanah Daeng-Karaeng
Ini tanah Meor-Meor
Ini tanah Wan-Wan
Ini tanah Nik-Nik
Ini tanah kita semua..
Ini tanah Ahlul Bay’t..!
… Tanah ini ‘Tanah Melayu’..!
Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan bangsa
Para pertapa ke Batu Belah
Ke Ulu Perak ke Pulau Besar
Untuk bertauliah dan berijazah
Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi
Dengan para auliah dan para santabi
Aku dan kamu
Rajawali mahupun Jentayu
Mengembang sayap di angin lalu
Dengan seruan jihad bertalu-talu..
Telah berlalu 500 tahun itu..
1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..
Di sini kekita menanti
Dalam hati-hati manusia itu diam sendiri
Tentu ada yang tak takut mati..
Maka akan bangkit..
Inshaallah Taala akan bangkit nanti..
Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..
Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..
Agama Tauhid akan kembali berdiri..
Dari sini..
Dari sebelah sini..
Hari ini..
Antara Habil dan Qabil
Antara Jalut dan Talut
Antara Harut dan Marut
Antara Hassan dan Hussin
Antara Lekir dan Lekiu
Antara Osama dan Obama..
Ada sesuatu..
Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..
Patah tongkat berjeremang..
Habis Hulubalang bersiak..!
Bukan balang-balang Hulubalang,
Hulubalang terbilang jitu..
Bukan barang-barang Penjurit,
Penjurit Kepetangan jua yang tahu..
… Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku..!
Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh
Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013
HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)
* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Allahyarham Dato’ Megat Mohd Nordin.
Waris Opu Daeng Perani – Marhum Mangkat di Kedah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Salam serta selawat buat Rasul utama Habibullah, Rasulullah Muhammad SAW serta Ahlul Bai’yt Baginda Nabi Allah.
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

Allahyarham Haji Hashim Ibni Haji Abdullah Ibni Lebai Ishak Ibni Y.A.M. Tun Daeng Arif.
Aku agak keberatan untuk memulakan posting dalam artikel ini.. Tapi setelah berfikir, Inshaallah Taala, aku usahakan juga demi pencerahan buat semua.. Acap kali ramai yang bertanyakan soalan pada aku lewat kebelakangan ini mengenai status atau gelaran ‘Tun’ yang dipakai di pangkal nama aku dan keluarga aku.. Ada yang bertanya “adakah sama atau setaraf dengan Tun yang dipakai oleh Dr Mahathir Mohammed dan semua Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum beliau..?” atau adakah sama seperti gelaran-gelaran Tun-Tun dan Megat-Megat di Perak yang berketurunan dari Tun Saban dan Megat Terawis..?” – Jawapannya adalah tidak sama sekali..! Kami hanyalah orang biasa yang membawa gelaran turun temurun dari Nenda-Nenda terdahulu sebelum kami..
من اروفا نفساهو، فاقود اروفا روبباهو
Man arofa nafsahu, faqod arofa Robbahu
“Barang siapa yang mengenal diri dan asal usul, maka dia mengenal Tuhan”
Seperti sabda Rasulullah SAW diatas, kita dituntut untuk mencari salasilah keluarga sekurang-kurangnya sehingga kepada 13 keturunan di atas. Tujuannya bukanlah untuk berbangga atau bersifat assobi’yah dengan kehebatan orang-orang terdahulu kerana Iman dan Ilmu itu tidak akan dapat diwarisi melalui apa cara sekali pun. Akan tetapi tujuan Baginda Rasulullah SAW menyarankan yang sedemikian supaya kita mengenal diri dan rohani sendiri selain untuk mengelakkan zina dan sumbang mahram kalau-kalau tersangkut dengan ahli keluarga sendiri melalui perkahwinan yang terlarang.
Menurut kajian salasilah yang keluarga kami usahakan yang kini mencecah hampir 13 tahun tempoh kajian, kami menemui beberapa bukti sahih yang menemukan kami dengan Opu Daeng Perani (Daeng Parani / Paroni) dengan isteri keempat beliau (sebelum mangkat) iaitu Y.A.M. Tunku Aishah Ibni D.Y.M.M. Sultan Abdullah Al Mua’zam Shah Kedah Darul Aman dari anak bersama Y.M. Che’ Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas.

Panduan pelayaran yang berusia lebih 300 tahun ini pernah digunakan oleh Opu Daeng 5 saudara di Tanah Melayu. Terdapat beberapa ilustrasi ‘dabat’ seperti ‘Cengkau Taji Beroga’ jika dilihat dari sudut Ilmu Firasat Hulubalang.
Opu Daeng Perani adalah anak kepada Opu Tendriburang Daeng Rilaga Ibni La Maddusalat Karaeng Datu Tenate iaitu pemerintah Bugis di Luwuk Sulawesi. Opu Daeng Perani adalah anak sulung dari 6 adik beradik iaitu Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Chelak, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Kemasi dan seorang puteri yang bernama Datu Ri Watu yang tinggal menetap di Istana Agung Bugis Luwuk. Menurut salasilah lama tulisan Jawi, Datu Ri Watu Ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaga itu telah berkahwin dengan Daeng Petaperangkawai Ibni Arung Palakka, Raja Bone di Sulawesi.
Telah tercatit secara sahih dalam lembaran sejarah bahawa Opu Daeng Perani 5 beradik banyak terlibat dalam kancah politik Istana di Tanah Melayu terutama di Johor, Riau, Linggi, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah sekitar tahun 17 masehi. Kehebatan Bugis 5 bersaudara ini telah terbukti dalam lembaran sejarah dari sudut penguasaan ketenteraan maritim dan darat.
Mengikut kajian salasilah keluarga aku dari belah Ayahanda, iainya adalah begini;
Muhammad Farul Azri ››››› Haji Muhammad Salleh ››››› Haji Hashim ››››› Haji Abdullah ››››› Lebai Ishak ››››› Tun Daeng Arif (Adinda kepada Tun Daeng Khatijah) ››››› Opu Daeng Perani (Suami kepada Tunku Aishah Ibni Sultan Abdullah Al Mua’zam Shah, Sultan Kedah Darul Aman ke-17).
Pada waktu itu, Sultan bagi negeri Kedah Darul Aman adalah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II menggantikan Kekanda beliau Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (memerintah selama 3 tahun sahaja). Pada waktu itu, Sultan Muhammad Jiwa telah berjanji kepada Opu Daeng Perani jika beliau menang di dalam perang menentang Raja Kechil Siak, maka beliau akan dinikahkan bersama Tunku Aishah iaitu Adinda Tuanku sendiri dan dijanjikan tahta Negeri Kedah Darul Aman kerana pada waktu itu, Sultan Muhammad Jiwa belum lagi memperolehi cahaya mata. Apabila peperangan siri pertama dimenangi oleh angkatan Opu Daeng Perani dan Kedah, beliau telah dinikahkan dengan Tunku Aishah dan mendapat cahaya mata sulung bersama iaitu Tunku Daeng Khatijah.
Tidak lama selepas itu, Tunku Aishah mengandung pula anakanda kedua dan dalam masa yang sama Raja Kechil Siak menyerang lagi (kali kedua) bagi merebut tahta Negeri Kedah. Dalam peperangan siri kedua ini, sekali lagi angkatan perang Opu Daeng Perani telah berjaya mengalahkan angkatan Raja Kechil. Walaubagaimana pun, Opu Daeng Perani telah telah terkena bedilan meriam Raja Kechil di dadanya dan mengakibatkan beliau maut seperti yang dihikayatkan dalam Tuhfat Al-Nafis seperti yang dijanjikan Allah Taala pada waktu beliau berumur sekitar 46 tahun. Tidak lama selepas kemangkatan Opu Daeng Perani, Tunku Aishah selamat melahirkan Anakanda kedua beliau di Istana Kota Bukit Pinang dan dinamakan Tunku Daeng Arif.
Selepas kemangkatan anak Raja Bugis ini iaitu Opu Daeng Perani, gelaran ‘Ku’ telah dilucutkan dari gelaran ‘Tunku’ dan tinggal gelaran ‘Tun Daeng’ sahaja. Gelaran ‘Tun’ dikekalkan atas permintaan dari Tunku Aishah sendiri atas dasar menghormati isteri tua Daeng Perani di Johor iaitu Anakanda kepada Bendahara Tun Abas (Kerajaan Johor-Riau) dan beranakkan Temenggong Tun Abdul Jamal. Akan tetapi, pengikut-pengikut Raja Kechil Siak masih lagi berdendam dengan orang-orang Bugis dan menjadikan ahli keluarga serta keturunan Daeng Perani sebagai sasaran bunuh oleh mereka. Dan semenjak itu, tiada lagi gelaran Tun dan Daeng anak-cucu keturunan Daeng Perani di Kedah sehingga ke hari ini.
Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk gambarajah salasilah keturunan kami dari sebelah Ayahanda aku yang bernasab sehingga Tun Daeng Arif:
NOTA: Klik untuk besarkan gambar carta salasilah.
Al Fatihah buat semua Nenda-Nenda yang terdahulu dan buat semua ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah yang telah pergi mendahului kami-kami.. Bila sampai waktu nanti, kita akan bersama kembali.. Inshaallah Taala.
Leave CommentsLaksamana Tun Tuah.. Satu Manifestasi Bukan Fantasi

NOTA: Semua gambar peribadi yang digunakan dalam penulisan ini adalah sekadar gambar hiasan yang tidak ada kena mengena dengan Dato’ Laksamana Orang Kaya Tun Tuah (melainkan gambar Keris Taming Sari) dan hanya digunakan bagi menaikkan ‘semangat Melayu’ yang mengalir senyap dalam diri setiap anak Melayu. Gambar-gambar lain pula adalah hak milik terpelihara IPPM – Istiadat Perwaris Penjurit-Kepetangan Melayu dan Pak Tuan Syed.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Salam serta selawat buat Rasul utama Habibullah, Rasulullah Muhammad SAW serta Ahlul Bai’yt Baginda Nabi Allah.
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Adapun telah banyak didebatkan dalam laman maya serta perbincangan kedai-kopi dan tak kurang juga perdebatan di kalangan sarjana lulusan universitas dan juga sarjana lulusan Chow Kitt Road dan Petaling Street membicarakan perihal wujud atau tidak Dato’ Hulubalang Besar, Lagi Terbilang – Penjurit Kepetangan orangnya.. Dato’ Laksamana Orang Kaya Tun Tuah atau kita biasa sebut sebagai Hang Tuah. Ramai juga yang bersifat Asobi’yah yang ‘menginginkan’ Dato’ Laksamana Hang Tuah itu dari kalangan ‘orang kampung/orang negeri’ mereka.. Ada yang mengaku Hang Tuah orang Kelantan dan makan budu, Hang Tuah sebenarnya orang Kedah sebab gelaran ‘Hang’, Hang Tuah orang Siam, Hang Tuah orang Filipina, Hang Tuah orang Indonesia dan ada juga yang mengatakan Hang Tuah itu orang Singapura-pura.. Masha Allah..! Dapat apa pun kalian semua kalau-kalau Hang Tuah itu orang kampung kalian..? Dapat turun saka ilmunya kah..? Habuk pun tak ada untuk kalian melainkan bagi yang mencari dan menyelusuri perjalanan Laksamana lima sahabat..!

Lebih dasyat pula wujud fitnah-fitnah jahat bukan sahaja dari bangsa asing, tapi dari anak bangsa Melayu sendiri yang sesat dan hilang akal mereka mengatakan Hang Tuah lima bersaudara itu berbangsa Cina. Kononnya kajian DNA telah dijalankan dan berjaya dibuktikan yang mereka-mereka ini adalah berbangsa Cina.. Kajian DNA celah mana Dol? Kalau ada kajian DNA yang dijalankan pada Makam Hang Tuah di Tanjung Kling di Melaka itu pun, takkan dapat DNA Cina sebab yang bersemadi di situ dikatakan oleh penduduk asal adalah seorang Ulama’ India Muslim.. (Hang Tuah tidak ada makamnya). Wallahualam Bissawab sebab tak pernah pula Kerajaan Negeri Melaka atau sekurang-kurangnya PSM – Persatuan Sejarah Malaysia menghebahkan kajian ini.. Kalau ada hebahan media, pasti dah masuk dalam Buletin Utama, Utusan Meloya dan Berita Hairan mengenai kajian DNA tersebut..!
Kononnya Hang Tuah itu bernama Han Too Ah bersahabat bersama Han Jee Fat dan handal ber’kung-fu’ yang orang Melayu kita panggil Silat.. Masha Allah..! Kalau yang demikian bagaimana pula dengan Hang Kasturi, Hang Mahmud, Hang Nadim dan sebagainya? Apa nama Cina mereka-mereka ini? Macam mana nak ‘Cina’kan nama Melayu-Melayu yang ini..? Tak cukup dengan itu, majalah separa ala-ala URTV/Mangga iaitu Mastika terbitan Kumpulan Pengarang Utusan mengeluarkan pula satu penulisan bahawa Hang Tuah adalah seorang wanita.. Ini semua gila! Gila..!!!
Ada juga pendapat-pendapat sarjana kedai kopi yang mengatakan bahawasanya Hang Tuah ini sebenarnya adalah Maharaja Narai, iaitu salah seorang Maharaja Empayar Ayutthia di Siam dalam tahun 1656-1688M. Tengok pada tarikh memerintah sahaja, anak-anak kecil pra-sekolah lebih tahu bahawasanya ia tiada kaitan langsung..! Sudah Berpuluh tahun debat-debat bodoh ini berleluasa dalam laman internet oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda peribadi sendiri, makalah penerbitan umum, sembang kedai kopi dan termasuk juga simposium para sarjana. Nama Hang Tuah pula diabadikan dimerata-rata tempat di segenap pelusuk Nusantara. Antaranya, di Surabaya Indonesia sebuah univertisiti terkemuka dinamakan dengan Universitas Hang Tuah. Di Pattani Thailand pula terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Krisik Hang Tuah. Malangnya, masih kurang (bukan tak ada, tapi sedikit) Melayu yang mahu menerangkan secara lengkap bahawa siapa sebenarnya Hang Tuah dan lantas membuktikan kewujudannya dalam lembaran sejarah Melayu.. Apa yang ada hanya debat-debat bodoh yang aku nyatakan tadi.. Debat diantara pihak A dan pihak B yang hanya bersifat ‘looping’ dan berpusing-pusing tanpa ada titik noktah. Yang sedihnya, anak bangsa mengambil jalan pintas dan menjadikan cerita reka-yasa ini sebagai sumber kebenaran..
Bagi yang mengenali Hang Tuah dan lima sahabatnya, baik secara spiritual (rohaniah) mahupun secara ilmiah sejarah (melalui pembacaan teks lama dan kajian), mereka-mereka ini yakin akan kewujudannya serta betapa ‘Melayunya’ Hulubalang berlima ini.. Bukan Cina, bukan India, bukan Siam ataupun Filipino..!
Inshaallah Taala, dengan izin yang Maha Esa, di sini, aku akan cuba sertakan beberapa bukti sahih mengenai kewujudan Hang Tuah lima bersaudara beserta betapa Melayunya Hang Tuah sebenarnya, bukan seperti dakwaan ‘gila’ yang mengatakan mereka-mereka ini adalah Cina dan berasal dari Tanah Besar China.
Dari Sumber Sulalatus As Salatin
Dalam Sulalatus As Salatin (versi paling asal iaitu versi Raja Bongsu) yakni ‘Sejarah Melayu’ yang disusun semula oleh Bendahara Tun Seri Lanang dalam tahun 1537 (dalam Empayar Johor Tua – 26 tahun selepas kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka) telah ditulis dengan jelas asal dan usul Hang Tuah. Diceritakan dalam naskah tersebut bahawa Hang Tuah berasal dari Kepulauan Bintan yang takluk pada sebuah kerajaan Bugis di Sulawesi. Nama asalnya ialah Daeng Mempawah, seorang anak Raja Bajung Bugis yang berpusat di Makassar. Dilahirkan sekitar tahun 1388 Masehi di sana dan beliau kemudiannya telah dibawa berpindah ke Melaka bersama keluarganya ketika berumur sekitar 3-4 tahun sebagai hadiah untuk dijadikan bingkisan buat Duli Yang DiPertuan Sultan Mansur Shah Melaka.

Melaka pada waktu itu sedang menjadi satu kuasa besar baru di Nusantara dan menjadi sayap kiri kepada pemerintahan Turki Uthmaniah di Timur tengah. Di Melaka, Hang Tuah tinggal bersama orang tuanya di Kampung Duyung, Kampung Bendahara Tun Perak. Pada umurnya meningkat sekitar 12 tahun, beliau mengikuti rombongan Sultan Melaka ke Tanah Jawa, Majapahit dan telah berjaya membunuh orang-orang mengamuk di Kampung Bendahara serta ketika di Majapahit. Ketika umurnya meningkat 16-17 tahun beliau telah dilantik memegang jawatan Laksamana dan lantas menjadi orang Melayu pertama yang memakai gelaran Laksamana dalam lipatan sejarah. Ketika beliau berumur sekitar 21 tahun, direkodkan dalam lipatan sejarah bangsa, beliau telah bertikam dengan Hang Jebat yang mengamuk di istana Melaka. Di dalam Sulalatus As Salatin ini juga ditulis dengan jelas bahawa Laksamana Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan mempunyai ramai zuriat keturunannya serta anak menantunya juga memakai gelaran Laksamana selepas beliau membuang diri lalu dikatakan ghaib..
Maklumat mengenai Dato’ Laksamana Hang Tuah berkahwin dan mempunyai 2 orang isteri telah dinyatakan dengan jelas di dalam naskah Sulalatus As Salatin adalah seperti berikut;
Isteri pertama (Nama tidak disebut) - Saudara perempuan kepada Seri Bija Diraja Dato Bongkok.
Anak dari isteri pertama:
• Tun Sirah Binti Laksamana Hang Tuah (Perempuan) berkahwin dengan Temenggung Khoja Hassan
Cucu dari isteri pertama:
• Tun Abdullah (Lelaki)
• Tun Biajid (Lelaki)
• Tun Daerah (Perempuan) – Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah
Cicit dari isteri pertama:
• Raja Dewi Ibni Yang di Pertuan Sultan Mahmud Shah Melaka
Isteri Kedua (Nama tidak disebut) - Dari keluarga Bendahara Paduka Raja Tun Perak
Anak anak dari isteri Kedua:
• Sang Guna (Lelaki)
• Tun Emas Jiwa (Perempuan) – Berkahwin dengan Laksamana Hang Nadim (Satu-satunya anak dari nasab Hang Jebat)
Cucu dari isteri kedua:
• Tun Mat Ali Bin Laksamana Hang Nadim
Cicit dari isteri kedua:
• Tun Hamzah Bin Tun Mat Ali
Piut dari isteri kedua:
• Tun Ali Bin Tun Hamzah – Tun Ali bergelar Seri Petam
Dari Sumber Tomé Pires – Amando Cortesao – The Suma Oriental
Dalam The Suma Oriental hasil tulisan penjajah, Tomé Pires yang ditulis dalam tahun 1513 (dua tahun selepas kejatuhan Melaka ke tangan kafir Portugis), beliau dengan jelas telah menulis mengenai seorang Laksamana Melaka – Admiral (tetapi tidak dinyatakan nama). Tulisannya diterjemahkan berbunyi begini; “Afonso de Albuquerque dan angkatan King Manuel tidak akan berjaya menawan Kota Melaka sekiranya Laksamana Melaka yang terkenal itu masih ada. Perkara ini terjadi dalam serangan pertama Portugis di bawah pimpinan Diego Lopes de Sequeira pada tahun 1509 gagal kerana Laksamana Melaka itu masih ada. Kini Melaka tiada lagi Laksamana itu lalu mereka mudah kami tewaskan.”

Dari Sumber A. Kobata and M. Matsuda – Ryukyu relations with Korea and south sea countries
Menurut buku A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama “Rekidai Hoan” yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian HangTuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung ketika itu untuk mengambil air minuman dengan hanya menggunakan perahu layar kecilnya tanpa mengendahkan peperangan yang sedang berlangsung.
Dari Sumber Kajian Leonard J. Andaya & Barbara Watson Andaya
(University of Hawaii)
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosio-ekonomi Tanah Melayu pada zaman dahulu.
Dari Sumber Rekod Istana Negeri Perak Darul Ridzuan
Dari sumber rekod Istana Negeri Perak Darul Ridzuan, telah beberapa kali dipamerkan kepada umum sebilah keris lagenda yang telah diperturunkan turun-temurun dalam simpanan Salasilah Kesultanan Perak Darul Ridzuan yang turun dari Kesultanan Melayu Melaka yang turun dari Bukit Siguntang Mahameru di Tanah Palembang. Keris yang pernah digenggam Dato’ Laksamana Tun Tuah atau Hang Tuah yang bergelar Keris Taming Sari. Mengikut pandangan dari salah seorang kerabat DiRaja Perak yang bersahabat baik dengan aku, iaitu Y.A.M Raja Shui’bah Ibni Almarhum Sultan Idris Afi’fullah Shah, Sultan Perak ke-33, keris Taming Sari yang di dalam simpanan DiRaja Perak itu adalah yang asli dan ada penduanya bersama. Cuma sehingga hari ini, keris penduanya itu belum lagi pernah dipamerkan kepada umum atas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh orang-orang Istana. Keris Taming Sari ini telah diserahkan kepada Bentara Paduka Tun Mamat selepas pulang dari rombongan meminang Puteri Gunung Ledang untuk dipersembahkan kepada Duli Yang DiPertuan Sultan Mahmud Shah Melaka, Sultan terakhir Kerajaan Melayu Melaka. Baginda Sultan Mahmud kemudiannya menyerahkan pula keris tersebut kepada Anakanda Raja Muzzafar sebagai salah satu alat kebesaran untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak Darul Ridzuan yang pertama sambil diiringi oleh Megat Terawis Ibni Daulat Pagaruyung.

Samada keris ini adalah keris ini adalah keris sebenar milik Dato’ Laksamana Tun Tuah atau tidak adalah satu pertikaian yang tak mungkin selesai melainkan Dato’ Laksamana itu sendiri datang dan mengakui atau menidakkannya. Namun yang utama ialah Keris ini telah menjadi satu alat kebesaran Kerajaan Perak Darul Ridzuan dari dulu sehingga kini. Simbol hubungan Melayu dan Keris. Keris dan Sultan Melayu. Ianya bukan hanya sebagai senjata akan tetapi sebagai pelengkap kepada jiwa setiap Melayu.
Dari Sumber Tariqat Naqsyabandi’ah Qadiri
Mengikut salah satu aliran Tariqat Naqsyabandi yang banyak bertapak di seluruh dunia ini, (Antaranya Naqsyabandi Kholidi, Naqsyabandi Haqqani, Naqsyabandi Khalidiyah dan beberapa lagi aliran Sufi dari Tariqat Nasqsyabandi) iaitu Naqsyabandi Qadiri, Laksamana Tun Tuah adalah seorang hamba Allah yang pernah wujud di muka bumi ini dan pernah duduk mengajar Tariqat Naqsyabandi di selatan Thailand iaitu di kawasan Pattani dan Narathiwat. Malahan Laksamana Tun Tuah juga di anggap sebagai salah seorang Sheikh atau Imam yang membawa aliran Tariqat Naqsyabandi Qadiri ini yang banyak bertaburan di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu serta Selatan Thailand. Jika Tuan-Tuan meneliti sejarah Tariqat Naqsyabandi di Tanah Melayu, maka Tuan-Tuan akan menjumpai kenyataan bahawasanya Laksamana Tun Tuah pernah berguru dengan salah seorang Sheikh iaitu Sheikh Mansur ketika beliau dalam buangan di Hulu Melaka. Ada juga yang menyebut namanya ketika itu sebagai Sheikh Muhammad Saman yang bertaraf Wali Allah.
Dari Sumber Hikayat Hang Tuah
Jika tiada wujudnya seseorang manusia itu di muka bumi ini, maka tiadalah lagenda dan hikayat untuk diperturunkan turun temurun. Bagi yang memegang naskah Hikayat Hang Tuah, ada dua kebarangkalian seseorang itu mungkin menilai karya agung bangsa Melayu itu:
- PERTAMA: Sebagai sebuah karya sastera yang padat dengan fantasi dalam sejarah yang bersifat romantisme dan perjuangan bangsa. Tidak boleh dinilai sama ada sahih kandungannya sejarahnya kerana isi kandungannya yang bersifat fantasi dan hikayat.
- KEDUA: Sebagai sebuah karya rahsia bangsa Melayu bagi yang menuntut dalam ilmu firasat dan Hulubalang Melayu. Karya ini memuatkan berpuluh ribu kod-kod rahsia seperti ‘Da Vinci Code’ yang bila dipecahkan akan menjadi panduan bagi mendalami ‘Ilmu Firasat Hulubalang’ yang sering kali dikaitkan dengan sifat kepahlawanan bangsa Melayu.
… Dan ‘kitab Hikayat Hang Tuah’ inilah yang aku pegang SELAIN dari Sulalatus As Salatin yang melebihi segala bukti-bukti yang dinyatakan diatas (dari sudut ilmu isyarat dan firasat Hulubalang yang turun temurun dari Laksamana Tun Tuah), dan aku yakin bagi menyatakan/menzahirkan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara.. Kerana aku dan kau tahu walau TIDAK MELEBIHI akan pengetahuan Allah Taala – Tuhan Maha Pencipta-Maha Mengetahui akan rahsia dalam rohsia yang tersembunyi. Setelah berguru dengan Pendita dan segala Ajar-Ajar yang mengajar kekita kini disini..
Hang Tuah lima bersaudara sememangnya cukup sinonim dengan sifat-sifat kepahlawanan dan bersemangat Melayu yang tinggi seperti yang digambarkan dalam Kitab Hikayat Hang Tuah. Aku menggelar naskah ini sebagai ‘kitab’ kerana aku memegangnya dari sudut kedua iaitu sebagai ‘karya rahsia ilmu isyarat dan firasat Hulubalang Melayu’. Jadi selepas ditimbang tara secara logik akalnya sememangnya menunjukkan Hang Tuah 5 bersaudara itu wujud di bumi bertuah ini berdasarkan kod-kod rahsia yang ditinggalkan dalam Kitab Hikayat Hang Tuah yang telah membawa aku serta ramai lagi menyelusuri jejak-jejak tinggalan warisan berlima ini malahan zaman-zaman sebelum mereka berlima serta sesudah mereka berlima. Hal ini dapat naik sehingga ke zaman Sunan Wali Solo – Syeddi Syeikh Imam Maulana Ishaq, Adityavarman, Nabi Allah Khidir Alah’i Salam dan Nabi Allah Sulaiman Alah’i Salam serta zaman-berzaman selepas mereka berlima iaitu Megat Terawis, Tun Saban, Megat Seri Rama, Laksamana Hang Nadim, Daeng Bugis lima bersaudara dan seterusnya hingga ke zaman Pendita Hulubalang Dato’ Bahaman (Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh), Mat Kilau, Tok Gajah, Tokku Paloh, Tokku Pulau Manis, Tok Janggut dan yang seangkatan dengan mereka-mereka..
Akhir kata.. Banyakkan istigfar, berzikir, bertaubat dan berdoa.. Sabar dan sebar serta saling ingat-mengingati..
Bila sampai waktu nanti, segala kebenaran akan menjelma kini di sini menyatakan kebenaran hakiki buat segenap Ummat akhir zaman – Melayu-Islam BUKAN Melayu-Kufar menjelang tanda-ditanda-petanda kebangkitan Panji-Hitam-Ufuk-Timur.. Salam rindu dan kasih akan hamba buat Afwah Tun Tuah Biduanda Batu Belah di Hulu Perak – Hutan Bonggor Belum-Sebelum Relap Hati Kelantan Serambi Mekah – Ulu Titi Basah yang bernafas di bumi Sang Lenggeng, Sang Lenggong dan Sang Langgong dan yang naik di bumi berdaulat Batu-Bersurat Kuala Berang, Terengganu Darul Iman menuju akhir zaman.. Akan bergerak dari bawah ke atas-dari segenap pelusuk bumi Nusantara Melayu Islam bergerak dari Batu Hampar Kolam Air Panas bertapak ke Tapak Setapak – Sungai Padang Balang Hulubalang – Tanjung Kepetangan di Kuala Sepetang – Batu Penjurit di Pulau Penjurit – Bukit Chandan – Bukit Damar – Bukit Cindai – Bukit Cintamani – Wakaf Chamang – Gua Terang Bulan di Gunung Senyum..
Segala waris-perwaris, segala penyimpan pustaka-pusaka pada setiap mohor dan tanda-ditanda akan kembali keluar menzahirkan segala yang hilang dan ghaib.. Mengembalikan segala yang haq melebihi pada segala yang bathil lantas terus mencantas lidah-lidah yang berkata-kata dengan bongkak dan sombong, dengan gila dan hilang-akalnya mengenai Dato’ Hulubalang Besar, Lagi Terbilang – Penjurit Kepetangan orangnya – Dato’ Laksamana Orang Kaya Tun Tuah serta sahabat dan adik beradiknya dan akan terus menyanggah dan membuktikan bahawasanya kata-kata Professor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim dan angkatan sarjana kedai kopi beliau ADALAH SALAH SAMA SEKALI! – Akan tetapi.. Misi terakhir itu nanti akan lebih dari itu.. Akan lebih besar dari itu semua hal-ehwal duniawi.. Dan mengenai Hang Tuah lima bersaudara itu, mereka-mereka akan terus hidup selamanya dalam jiwa setiap anak-anak Melayu yang masih tebal jatidiri Kemelayuan mereka dan Hang Tuah lima bersaudara itu terus hidup dan tiada mati..!
Bukan balang-balang Hulubalang.. Hulubalang terbilang jitu! Bukan barang-barang Penjurit.. Penjurit-Kepetangan juga yang tahu bahawa ‘Kepetangan’ itu adalah penamat ilmu kau dan aku..!!
Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad!
Takbir solawat! 313.99.9.3

Sunni vs Shia = Wahhabi and Israel Wins
Pertama sekali aku ingin menegaskan bahawa penulisan ini dihasilkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana aku memikirkan perihal pentingnya penyatuan Ummah di akhir zaman kini di sini. Penulisan dalam bahasa Inggeris dibuat dengan harapan bagi meyampaikan mesej ini secara lebih luas kepada pembaca yang bukan dari bahagian Nusantara ini. Yakni buat pembaca di seluruh dunia secara amnya. Inshaallah Taala.. Untuk bahasa Melayu, teruskan membaca dan untuk bahasa Inggeris, sila skrol ke bawah.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
First of all I’d like to mention that this article has been written in two languages which is Malay and English because I personally think the importance of the unity in Ummah coming towards the end nowadays. The English version of the article is to cater the message towards a much more wider audiences who doesn’t speak the mother-tongue of the Malay Archipelago. The English version is for the rest of the world. Inshaallah Taala.. For Malay readers, please continue to read and for English article, please scroll down.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat serta salam pada Nabi junjungan Rasulullah SAW serta para Ahlul Bay’t Baginda..
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Telah ramai dan seringkali aku diajukan soalan; “Kau ni Syiah ke Farul?” dan jawaban aku tetap mudah; “Aku orang Islam”. Kemudian aku senyum. Atas dasar apa perlu ada perbedaan Syiah dan Sunni? Aku merujuk kepada ayat Al Quran yang berbunyi;
“Sesungguhnya orang yg memfirqahkan (memecah-mecahkan) agamanya dan mereka (berpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu (Muhammad) terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kpd Allah SWT, kemudian (di hari akhirat) Allah SWT akan memberitahu mereka dgn apa-apa yg mereka kerjakan (atau perbuat semasa di dunia).”
- Surah Al An’am: 159
Dalam meniti dunia akhir zaman ini kita Umat Islam sering kali dipecah-belahkan oleh mainan minda dan agenda propaganda Zionis dan sekutu mereka dari kumpulan Iluminati / Freemason mengenai fahaman dan pegangan kita sebagai Umat Islam. Apa yang menjadi ketakutan para kafir ini adalah penyatuan ummah dan di atas sebab-sebab kelemahan kita, maka kita telahpun terpedaya dan kini telah pun berpecah belah.. Seperti sabda Baginda Nabi SAW; “Ummat ku di akhir zaman itu ramai dan banyak. Akan tetapi mereka-mereka itu hanya seperti buih di lautan yang akan berpecah dan hilang bila dihempas ombak..” Begitulah lemahnya kita hari ini..
Bila kita panjangkan lagi debat diantara Sunni dan Syiah, maka tidak akan ada penghujungnya atau kesudahan kerana masing-masing mempunyai referensi sendiri yang paling kuat dan benar. Kalau pun kebenaran itu menimbulkan permusuhan sesama Islam, apakah keindahannya ada di situ? Tentu tidak.. Hasil yang kita dapat hanyalah perpecahan..! Sedang Nabi SAW sendiri pernah bersabda; “Perbedaan pendapat di kalangan ummat ku adalah satu rahmat buat semua..” Tujuan kata-kata Baginda itu adalah supaya kita ini semua meraikan perbedaan pendapat, bukan berselisih. Apatah lagi untuk kita mengkafirkan sesama manusia sendiri seperti yang sering dilakukan oleh puak-puak Wahhabi sekarang.. Masha Allah!
Sebagaimana Sunni yang memperkenalkan mazhab, dalam Syiah juga mempunyai banyak aliran mazhab.. Menurut Ulama’ Arab, Prof Dr Wahbah Zuhaily, antara Syiah dan Sunni tidak ada perbedaan yang besar khususnya pada Syiah Immamiyah yang komunitinya banyak di Iran dan juga sekitar Nusantara (Malaysia, Indonesia, Thailand & Brunei). Bahkan Mazhab Syiah Immamiyah ini lebih dekat dengan Mahzab Sya’fie dan hanya memiliki perbedaan dalam 17 perkara feqah. Sementara Syiah Zaidiah dan Ja’fariah, menurut beliau, adalah Syiah yang paling dekat dengan Sunni. Bahkan penganut Sunni menggunakan beberapa buku rujukan dari Syiah Zaidiyah seperti buku feqah karangan Imam Shonani, dan Kitab ‘Subulussalam’. Pertemuan OIC pada tahun 2006 yang dihadiri oleh Ulama’ Syiah dan Sunni telah mengeluarkan deklarasi Mekah (2006) yang antara inti-patinya menyebut bahawa perbedaan Sunni-Syiah merupakan perbedaan kecil, sama seperti perbedaan mazhab-mazhab dalam konteks feqah Islam.. Konfrens OIC yang diadakan di Doha, Qatar tahun berikutnya juga mengeluarkan pernyataan bersama bahawa peri-pentingnya dialog antara Syiah-Sunni dilakukan dalam bahasa perdamaian dan kasih sayang.. Bukannya menyalahkan sesama sendiri..
Hakikat pertikaian antara Syiah dan Sunni sebenarnya hanyalah berkisarkan tentang perkara-perkara asas feqah. Tidak ada isu-isu besar selain dari yang sengaja dibesar-besarkan pihak-pihak tertentu bagi memecah-belahkan perpaduan ummah. Antara yang selalu menjadi perdebatan antara pengikut Syiah dan Sunni ialah soal solat seperti melipat tangan dalam solat (Qiam). Di dalam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, 3 dari pada 4 Mazhab melakukan perbuatan melipat tangan di dalam solat iaitu seperti berikut:
- Mazhab Sya’ fie: Tidak kira samada lelaki atau wanita, harus meletakkan tangan di atas pusat tetapi di bawah dada.
- Mazhab Hanafi: Bagi lelaki, tangan kanan harus diletakkan di atas tangan kiri, serta kedudukannya di bawah pusat, manakala di dada bagi wanita.
- Mazhab Hambali: Lelaki dan wanita meletakkan tangan di bawah pusat.
Kecuali bagi Mazhab Maliki yang berpendapat seperti yang demikian;
“Mengikut Imam Malik, solat perlu dilakukan dengan tangan terbuka, malah menyifatkan tindakan melipat tangan ketika solat sebagai makruh.”
- Sharh e Muslim, Jilid 1, muka surat 590, oleh Allama Ghulam Rasool Sa’eedi, Cetakan Lahore.
Jadi jika para pembaca yang budiman melakukan kajian ke atas biografi ke tiga-tiga Imam Mazhab ini, kesemua mereka dilahirkan jauh dari Madinah, kampung halaman dan tempat tinggal Rasulullah SAW. Manakala Imam Malik bin Anas (Imam Mazhab Maliki) pula dilahirkan di Madinah, malah beliau merupakan antara Imam Mazhab yang terawal dilahirkan iaitu pada tahun 93 Hijrah, masih tidak jauh dari tempoh keRasulan Baginda Rasulullah SAW, ianya juga masih lagi dalam era pemerintahan para Sahabat dan masih belum banyak bida’ah muncul. Islam masih segar di zaman beliau. Beliau membesar dalam keadaan melihat para penduduk dan sarjana Madinah bersolat dalam keadaan tangan terbuka, maka dengan itu, beliau juga menganjurkan perkara yang serupa dilakukan dan yang ini jugalah menjadi ikutan dan amalan bagi pegikut Syiah di seluruh dunia..
Lebihnya bagi golongan Syiah pula, mereka merujuk dari kalangan Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW sebagai Imam dan pemimpin mereka kerana berpegang kepada wasiat Rasulullah SAW ketika melakukan Haji Wada’ iaitu:
“Aku tinggalkan buat kalian dua urusan dan selagi kalian berpegang kepda dua urusan ini, tidak akan sesat selamanya. Yang pertama Kitabullah dan Sunnah keRasulan Ku.. Kedua Itrah Ahlul Bay’t ku sebagai tali antara langit dan bumi..”
Buat pembaca budiman yang dimuliakan Allah SWT, perlu diingatkan bahawasanya mengikut mana-mana Imam sekalipun dari Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ada hari ini bahawa perbuatan melipat tangan di dalam solat hukumnya adalah Sunat dan bukannya wajib.
Perbedaan ini adalah perbedaan feqah yang tak perlu dipanjangkan melalui perdebatan dan kebencian sesama sendiri. Cukup jika diadakan musyawarah-musyawarah antara Ulama’ keduanya iaitu Sunni dan Syiah. Kekeliruan ini bukanlah perkara yang baru, malah telah bermula di zaman para sahabat lagi, diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 56, Nombor 664, Saidatina Aisyah Ummul Mukminin berkata:
“Beliau pernah membenci apabila seseorang bersolat dengan tangan berlipat ketika bersolat. Ini kerana orang Yahudi juga berbuat begitu.” – Rujukkan klik di sini.
Oleh itu hentikanlah pertikaian antara Syiah-Sunni..! Tak ada untungnya bagi kita orang Islam.. Yang beruntung hanya musuh-musuh Allah yang jelas dan nyata..! Rujuk semula sejarah, ketika perang Mesir-Israel tahun 1967 berkecamuk, Anwar Sadat berjaya meyakinkan pemimpin Islam diseluruh Timur Tengah (negara-negara Arab) untuk bersatu dengan menghentikan eksport minyak ke Amerika Syarikat dan hasilnya ekonomi AS hampir lumpuh pada waktu itu. Ingat juga ketika bersatunya Syiah dan Sunni di Iraq selepas kejatuhan Presiden Sadam Hussein dan berjaya memaksa AS keluar dari Iraq. Begitu juga bersatunya Syiah dan Sunni di Mesir dalam menjatuhkan rejim Husni Mubarak sehingga berjaya menaikkan golongan ulama’ dari Ikatan Ukhwanul Muslimin dalam tampuk pemerintahan di Mesir sekarang.
Penyatuan umat sebenarnya bukanlah masalah bagi bangsa Arab dan bukan-Arab tapi kerana mentaliti umat kini yang telah luntur dan lemah sehingga mengakibatkan padamnya api Khilafah Islam Uthmaniyah yang berdiri selama beratus-ratus tahun yang akhirnya jatuh tersungkur pada tahun 1929 masehi akibat imperialis barat.. Itulah kelemahan kita hari ini yang perlu kita sama-sama perbaiki agar bersatunya kembali Ummat Muhammad SAW menuju akhir zaman kini di sini..!
Rujuk di sini untuk membuat perbandingan antara Sunni – Syiah – Sufi – Wahhabi.
Bahaya Wahhabi
Wahhabi merupakan satu mazhab atau pegangan baru bagi ummat manusia di seluruh dunia. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk aku memburukkan apatah lagi mengkafirkan golongan Wahhabi ini. Kerana ini adalah kerja-kerja Tuhan Yang Maha Esa untuk menentukan siapa di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, bukan tugas aku atau sesiapa pun dari kalangan kamu untuk menentukan perihal yang itu. Tetapi atas dasar kasih dan sayangnya aku pada sahabat sekalian, maka aku nukilkan penulisan ini supaya kamu-kamu boleh berfikir mengenai Wahhabi..
“Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij (Wahhabi) yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Ummat dan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan Ummat dan bangsa Melayu atas perbuatan dalam amalan agama.. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-’Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya telah ditolak oleh kumpulan Ulama’ Ahli Sunnah wal Jama`ah..!
Tuan-tuan bangsa Melayu dan Ummat Islam jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluarkan hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Sya’fie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan Umat dan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa dan agama sendiri..
Siapa dari kalangan mereka ini (Wahhabi) yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia..!”
- Sheikh Abdullah Fahim
Petikkan kata-kata beliau dari buku ‘Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (Jilid 2)’ yang diselenggarakan oleh Ismail Che’Daud terbitan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Kalau Tuan-Tuan menilai dari amaran yang ditulis oleh Sheikh Abdullah Fahim, salah seorang Ulama’ yang tersohor di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan Malaysia dalam petikkan diatas, amaran tersebut berbunyi agak keras sekali sehingga kita dianjurkan supaya ‘membunuh’ terus golongan Wahhabi ini. Kenapa kita dianjurkan sehingga untuk membunuh golongan ini..? Ini adalah kerana Ulama’ sebagai tempat rujukkan kita selepas Kitabullah, nyata lebih berilmu dan berpengetahuan berbanding kita ini dan mereka ini lebih mengenali dan faham akan agenda tersembunyi golongan ini. Golongan seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam (Sunni dan Syiah) sendiri yang mereka hukum kafir melalui takfir dari dalil-dalil serta hujah Ulama’ mereka yang jelas terkeluar dan ditolak bulat-bulat oleh Ulama’Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ulama’ Syiah.
Fahaman Wahhabi ini telah diasaskan oleh Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (1703-1792) di Arab Saudi sekitar tahun 1740. Akibat pandangan beliau dalam konteks beragama dilihat sebagai ekstrimis dan menolak Sahabat serta Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW, beliau telah dibuang negeri dari ‘Uyayna oleh Sulaiman ibn Muhammad ibn Ghurayr dari Bani Khalid (pemerintah Al-Hasa dan Qatif), yang telah mengarahkan Uthman ibn Mu’ammar (pemerintah ‘Uyayna) untuk menghalau Muhammad Ibn Abdul al Wahhab keluar dari ‘Uyayna.
Mengikut catitan oleh Ibn Humaydi (Mufti tersohor Mazhab Hambali), Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (yang pernah menuntut dengan beliau di Mekah) digambarkan sebagai seorang pelajar yang lemah, sombong dan bongkak serta kuat melawan sehingga mengecewakan bapa kandungnya sendiri. Sikap beliau yang demikian dikatakan akhirnya mengakibatkan beliau dibuang sekolah. Kemudiannya beliau telah kembara pula ke Basra dan Baghdad di Iraq pula bagi melanjutkan pengajian ilmu-ilmu agama, dan di sinilah dikatakan bahawa Muhammad Ibn Abdul Wahhab telah bertemu dengan agen perisik dari British yang bernama Hempher dan telah diajarkan ‘seni dan kaedah penipuan yang didapatinya dari Kementerian Komonwealth Britain’.
Selepas dibuang negeri dari ‘Uyayna, Muhammad Ibn Al Wahhab telah mendapat perlindungan dan pertolongan dari pemimpin Diriyah pada waktu itu iaitu Muhammad Ibn Saud (salah seorang kerabat Diraja Saudi). Maka di sini termetrailah perjanjian bai’ah antara mereka berdua yang menjerumuskan seluruh Arab Saudi berjaya di Wahhabikan oleh mereka-mereka turun temurun sehingga kini.. Dan kini, fahaman mereka tersebar ke seluruh dunia..!
Untuk lebih lanjut sejarah dan asal usul Wahhabi serta Muhammad Ibn Abd Wahhab, sila rujuk di sini dan di sini.
Mereka ini menolak amalan-amalan yang kita amalkan mengikut Mazhab anutan kita seperti membaca doa sunat Qunut dalam Solat Subuh, berwirid selepas bersolat, membaca Surah Yassin, menziarahi kubur dan pusara dengan mengatakan perkara-perkara ini adalah bida’ah dan haram! Dan lebih buruk lagi, mereka ini mengatakan Maulid Nabi SAW adalah bida’ah dan haram kerana berpendapat bahawasanya Nabi SAW sendiri tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran Baginda sendiri.. Golongan Wahhabi secara terang-terangan menentang kasih sayang umat manusia kepada Baginda Rasulullah SAW yang mereka takrifkan sebagai ‘berlebih-lebihan’.. Masha Allah!
Tidak cukup dengan perkara-perkara yang aku sebutkan di atas, golongan Wahhabi ini juga telah memusnahkan tinggalan Baginda Rasullah SAW dan Ahlul Bay’t (Keluarga Rasulullah SAW) seperti rumah, masjid dan juga kubur-kubur serta makam-makam lama termasuk makam-makam para Imam dari kalangan Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW.. Masha Allah..! Rujuk di sini, di sini, di sini dan di sini.
Dengan jelas kini bahawa mereka ini adalah musuh Allah dan musuh Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya, juga musuh para sahabat Baginda. Bukti sudah di depan mata akan tetapi kita masih tidak nampak? Majlis Fatwa Kebangsaan pula takut untuk menfatwakan bahawasanya Wahhabi itu sesat kerana masih bimbang duit poket dunia tak mengalir masuk.. Fatwa terbaru yang dikeluarkan dari Ifta Mesir bahawa Wahhabi yang melakukan perkara yang aku sebutkan seperti diatas adalah ‘Kilabun Nar’ dan ‘Khawarij’ (iaitu anjing-anjing neraka dan Wahhabi ini adalah puak Khawarij)..!
Hakikatnya, dunia hari ini telah dikuasai oleh Wahhabi! Ini adalah hakikat yang tak dapat kita tolak atau nafikan lagi. Pusat Wahhabi yang terbesar di dunia adalah Arab Saudi.. Dan kini dunia Islam bertumpu dan tertakluk dibawah pemerintahan Arab Saudi dan Pertubuhan Islam OIC pula duduk setara dengan Malaysia sebagai Ketu OIC. Malangnya negara-negara ini tidak bersekutu untuk memerangi musuh Islam yang jelas dan nyata iaitu Israel dan sekutu mereka. Malahan Arab Saudi dan Malaysia juga negara-negara Islam yang lain dengan keterbukaan pula mengadakan hubungan diplomasi dengan Amerika Syarikat dengan menjual sumber-sumber bumi seperti minyak dan sebagainya untuk kegunaan mereka DAN dunia semua sedia maklum bahawasanya Amerika Syarikat adalah sekutu kuat Israel..! Jadi di manakah negara-negara Islam yang menjadi musuh dan ketakutan bagi Amerika Syarikat dan Israel..?? Hampir tidak ada bukan..? Jawabannya hanya 3 negara sahaja yang tinggal iaitu Iran, Syria dan Lebanon.. Dan ketiga-tiga negara adalah pengamal Syiah terbesar di dunia.. Pengamal Syiah yang dilabelkan sesat dan kafir oleh golongan Wahhabi rupa-rupanya adalah musuh terbesar dan paling ditakuti Amerika Syarikat dan Israel..!! Jadi di mana suara dari golongan Wahhabi ini dalam isu ini..? Di mana..?
Saat ini, bila jatuhnya Syria nanti yang direncanakan konon-kononnya ‘kebangkitan rakyat’, maka Kafir Laknatullah Amerika Syarikat dan Israel ini akan mula untuk melemahkan Lebanon pula dan akhirnya menyerang Iran dan akan meletuslah Perang Dunia Ke-3 yang kemudiannya akan membawa kita kepada Perang Armageddon yang dinanti-nanti kini iaitu Perang Akhir Zaman..
Bersatulah Sunni dan Syiah.. Musuh-musuh kamu bukan dari kalangan kamu tapi yang nyata dan jelas di depan mata kamu kini di sini..!
Bersatulah..!!
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat with salam for Rasulullah SAW with His Ahlul Bay’t of Prophet PBUH.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
I have been asked so many time with a question; “Are you a Shia Farul?” and my answer was always as simple as; “I’m a Muslim”. And I smile. On what reason there should be a differences between Sunni and Shia? I love to quote one phrase from Al Quran which said;
“Surely those who divide the religion into sects and identify themselves as a sect, O Muhammad,you have nothing to do with them. Their case will be called to account by Allah Himself, He will inform them as to what they did.”
- Al An’am: 159
In the world we live today towards the end, we (all Muslims) has been easily divided and separated by the Zionist and their Illuminati / Freemason propaganda, agenda and mind-game about our stand and belief as a Muslims. One thing that has been most worried, scares and nightmares to those kaffir is our unity. We stand as one and united, and because of our weaknesses we are now has already being divided and separated into groups.. Like what Prophet Muhammad PBUH used to said; “My ummat (Muslims) towards the end will be so many of them. but they’re like bubbles in the ocean. They will be spread and gone once hit by the waves..” That is how weak we are today..
There will be no ending if we prolong the debate between Sunni and Shia because each of them has their strong reference and which they believe as the most truthful. Would there be the beauty in it if the spoken truth may sparks hatred between Muslims? Definitely not.. What we gonna had next is disaster and divided into pieces. Even Prophet Muhammad PBUH once spoken; “The differences of idealogy between my Ummah is a blessed for all..” The reason behind it is for us to celebrate the differences and not to debate. Even not to mentioned that we shouldn’t acknowledge anyone as kaffir like what the current Wahhabi people are doing.. Masha Allah!
Just like the Sunni people who introduced ‘Mazhab’ among their Imams, same goes with Shia as well who have their own Mazhab and belief.. According to one of Arab Ulama’, Prof Dr Wahbah Zuhaily, the differences between Shia and Sunni was not that much especially Shia Immamiyah which has a strong community in Iran and around the Malay Archipelago (Malaysia, Indonesia, Thailand & Brunei). In Fact the Shia Immamiyah Mazhab is much closer to Sya’fie Mazhab from Sunni group which only have a merely 17 differences in fiqh issues. Meanwhile the Shia Zaidiah and Ja’fariah, according to him is one of the Shia Mazhab that is much closer to Sunni’s Mazhab. Even the Sunni’s has used a few of Shia Zaidiah book as their reference such as the book of fiqh written by Imam Shonani, and the book of ‘Subulussalam’. During the OIC conference in the year 2006 which was attend by the Ulama’ from both side of Shia and Sunni, they have both agreed to come up with ‘The Declaration of Mecca’ which among the details was pointed to that the differences of Sunni-Shia was just a small clashes just like the differences between Mazhab in Islamic fiqh.. The following conference which was held in Doha, Qatar has also agreed that the importance of a dialog between Shia and Sunni being held in a harmony and prosperous way.. Instead of blaming and arguing with each other..
The truth is, the never ending debate between Shia and Sunni was just about the basic of fiqh issues. There was never a big issues except a few one that was brought big by some parties who has their own hidden agenda to destroy the unity of Ummah. Among of the topics that has been prolong in the debate between Shia and Sunni was the solat (praying) issue like having both hands folded in between Qiam. In the Sunni Mazhab, 3 out of 4 Mazhab did fold both hands during praying which is:
- Imam Sya’fie Mazhab: No matter for men or women, they have to fold their hands above their belly-button but bellow the chest.
- Imam Hanaf Mazhab: For men, the right hand should be place upon the left hand and the placing should be bellow the belly-button and on the chest for women.
- Imam Hanbal Mazhab: Both men and women to place their hands under the belly-button.
Except for Imam Malik Mazhab which have their own believe as below;
“According to Imam Malik, solat should be done with open and straight hands, and even said that if the person who pray did folded their hands as ‘makhruh’.”
- Sharh e Muslim, First Edition, Page number 590, by Allama Ghulam Rasool Sa’eedi, Lahore printed.
If the reader may read the historical biografi facts, three of the Imams was born far from Medina, which is the home land for Prophet Muhammad PBUH. But for Imam Malik Bin Anas (the Imam for Maliki Mazhab), he was born in Medina and in fact he was the first batch of Imams who was born in the year of 93 Hijri, and that was still not far from the era of Sahabat and before a lot of bida’ah appears in the community. Islam was still fresh during his time. He grew up by watching all the Islamic scholars and community of Medina do their prays with open hands, and because of that he ordered all of his followers to do the same and this is exactly what all the Shia followers is been doing throughout the whole world..
The main difference with Shia followers, they refer to Ahlul Bay’t as their Imams and leaders. This is because they’re holding tight to the words the the Prophet Mumammad used to said during he Wida’ Hajj:
“I’ve given to all of you only two things which if you’re holding tight to it, you will not be lost forever. First the Holy Quran and my Sunnah as a Prophet.. Second, the Itrah of my Ahlul Bay’t as your guide to/ from heaven and earth..”
I have to remind to all the readers that the action of folding a hands during praying was only a sunnat, not wajib.
This differences is merely just a fiqh differences which is suppose not to be prolong because it may sparks hatred among Muslims. Let alone these issues be discussed by the Ulama’ in a musyawarah between Sunni and Shia. After all, this misinterpreted issues and differences was nothing new in a Muslim world, in fact it has started during the Sahabat’s era as written in of the hadith by Sahih Bukhari, 4th Edition, Book number 56, Hadith number 664, as narated by Saidatina Aisya Ummul Mukminin:
“That she used to hate that one should keep his hands on his flanks while praying. She said that the Jew used to do so.” – Click here for reference.
So please all stop the debate between Shia and Sunni..! There’s no good for us all Muslim.. The one who benefit upon this issues was just the enemy of Allah SWT which is now clear to all of us..! Please check back the history during the war between Eygypt and Israel in the year 1967, Eygyptian President, Anwar Sadat has convince all the Muslim leaders in the West Asian (Arab countries) to unite, boycott and stop exporting oil, gas and petroleum to the United States of America and the result was clear that the US economy was almost paralysed during that time. Please as well remember during the unity between Shia and Sunni in Iraq after the fall of Saddam Hussein, they has succeed to force the US military to flee out of Iraq. Even during the unity of Shia and Sunni in Eygypt they had succeed to take down the regime of Hosni Mubarak and succeed to build a new government stand by the line of Ulama’ from the group of Ikhwanul Muslimin.
The unity of Ummah was actually never a problem for Arabs and non-Arabs, but the mentality of current Ummah which has now weaken and has cause the fall of the Ottoman Empire which has been stand for hundreds of years before it finally end in 1929 because of the western imperialist.. That is our weakness today which we need to now repair so that we could stand back together and unite as one, as the Ummah of Prophet Muhammad PBUH towards the end of time now..!
Click here for references to differentiate between Sunni – Shia – Sufism – Wahhabi.
The Danger of Wahhabi
Wahhabi is the latest news of mazhab or idealogy for the Ummah throughout the whole world. The main reason on why I wrote this article was not to condemn or to say that the Wahhabi’s are all kaffir. That is God’s job to determine which of his servants are Muslim, have faith and who are not. It is not my job or any of us to determine that. But sincerely because of my love towards my friends, family and my Muslim brothers and sisters throughtout the world, I wrote this humble article so that you couldn’t think about the Wahhabi’s..
“So that you shouldn’t be divided among Malays. Now there’s a new mazhab in Malaya which is the mazhab of Kharijites / Khawarij (Wahhabi) which is the mazhab that was not from the 4 of Sunni’s. Their intention is to confused people’s mind and want to destroy the unity of Ummah and the Malays it self. They condemned most of Ummah and the Malays for what we had been doing in our religion. Their point of view is taken from the book of Hadyur-Rasul which is unclear and from the book of Hadyul-’Ibad which is written by Ibnul Qayyim al-Khariji, and so that Ibnul Qayyim and all of his book has been rejected by all of the Ulama’ in Sunni..!
All of you Malays and Muslims please do not buy and fall into their trick and lies of that their laws and point of view was already rejected in the mazhab of Sha’fie and because of that may all of you stand still together and not be divided into groups..
Whoever from these people (Wahhabi) come and approach you and ask you to follow their leaders with an unclear intentions and the reason behind it is to divide you into groups, kill him immediately..!”
- Sheikh Abdullah Fahim
His quote from the book ‘Ulama’ Leadership of the Malaya (Second Edition)’ which has been compiled by Ismail Che’Daud and produced by Kelantan Islamic Council (MAIK).
If you read that above statement which is written by Sheikh Abdullah Fahim, as one of the leading Ulama’ in the Malaya before the independence of the country, why did he urge us all to ‘kill’ the Wahhabi’s..? This is because Ulama’ is our live reference after Al Quran, whom is more knowledgeable than us and much more wiser to see and to know any of the hidden agenda from these groups of people. These groups of people (The Wahhabi’s) are said that they made halal of all the Kaffir blood and even our own Muslim brothers and sisters blood (Sunni and Syiah) which they condemned as Kaffir by following their takfir from the speech and dalil from their Ulama’ which is clearly has been declined by the Ulama’ of Sunni and Shia.
The Wahhabi movement was founded by Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (1703-1792) in the Kingdom of Saudi Arabia during 1740-1744. Because of his conservative and extreme view in Islam and he declined all of the Sahabat and Ahlul Bay’t, he was then expelled from his home land, ‘Uyayna by Sulaiman ibn Muhammad ibn Ghurayr from the tribe of Khalid (ruler of Al-Hasa dan Qatif), whom has ordered Uthman ibn Mu’ammar (ruler of ‘Uyayna) to expelled Muhammad Ibn Abdul al Wahhab out from ‘Uyayna.
According to the written of Ibn Humaydi (one of the greatest Mufti in Hanbal Mazhab in Mecca), Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (whom used to be one of this students) perceived Ibn Abd al Wahhab to be a poor student, and arrogant and defiant with his teachers, which upset his father. Consequently, Ibn Abd al-Wahhab did not complete his studies, but whether he was expelled or dropped out is unknown. Venturing first to Basra, he then went to Baghdad. According to Stephen Suleyman Schwartz, in his book “The Two Faces of Islam”, “some say that during this vagabondage Ibn Abdul Wahhab came into contact with certain Englishmen who encouraged him to personal ambition as well as to a critical attitude about Islam.” Specifically, Mir’at al Harramin, a Turkish work by Ayyub Sabri Pasha, written in 1888, states that in Basra, Abdul Wahhab had come into contact with a British spy by the name of Hempher, who “inspired in him the tricks and lies that he had learned from the British Ministry of the Commonwealth.
Upon his expulsion from ‘Uyayna, Ibn Abd al-Wahhab was invited to settle in neighboring Diriyah by its ruler Muhammad bin Saud (One of the Saudi Royalties family). Upon arriving in Diriyah, Muhammad bin Saud and Muhammad ibn Abd al-Wahhab concluded an agreement that, together, they would bring the Arabs of the peninsula back to the “true” principles of Islam as they saw it. And so it happen that the mutual agreement been made between both of them and has been passed over generations up until now.. And now, the Wahhabi’s has been spreaded all over the world widely..!
For more info and history of the Wahhabi and biography of Muhammad Ibn Abd Wahhab, please click here and here.
These groups of people denied our norm ritual in religion that we did by following our Mazhab such as reading a Qunut sunnat during morning pray, they denied of wirid and zikrullah reading after praying, they’re denied of reading Yassin, they’re against of people who visit graveyards and old mausoleum and pointed out loudly that these are all the act of bid’ah and haram! And even worse, they did even said that the celebration of Maulid Nabi was bid’ah and haram because the Prophet Muhammad PBUH himself was never celebrating his birthday throughout his life.. The Wahhabi people has clearly stated that they are against the celebration of Maulud by referring those people who celebrate as ‘too much love for Muhammad PBUH’.. Masha Allah!
Let alone on the above mentioned things, the Wahhabi’s did as well destroyed of sites associated with early Islam and site that related to the Prophet Muhammad PBUH, the Sahabat’s and his Ahlul Bay’t (the families of Rasulullah PBUH) like houses, mosque and including the old mausoleum.. Masha Allah..! Click here, here, here and here for reference.
It is clearly brought to you now that these groups of people is clearly the enemy of Allah, enemy of the Prophet Muhammad PBUH and enemy of the Sahabat. All of the prove is now naked in front of your eyes but yet we didn’t see it coming..? The Malaysian National Fatwa Council is still scared to announce that these groups of people (the Wahhabi) is one of the leading lost cult that should be taken seriously. They’re afraid if they do so, there would be no more ‘side-income’ pocket money be given to them.. The latest fatwa from the Egyptian Ifta did mentioned that any Wahhabi’s who committed such act like the one I’ve mentioned above as ‘Kilabun Nar’ and ‘Khawarij’ (The dog of hell and the Wahhabi’s are the Khawarij)..!
The truth is, in the world that we live today is already all controlled by the Wahhabi’s! This is the bitter truth which we cannot denied anymore. The center of Islamic world is on the Saudi Arabia.. And all of the Islamic countries is under the summons of Saudi Arabia and OIC which is lead by Malaysia. Too bad that all of these countries did not unite under the flag of Islam to go against the clearer and known enemy which is the Israel and their allies. In fact, Saudi Arabia, Malaysia and most of other Islamic countries nowadays has openly tied up a diplomatic relations with the United States which is clearly a known and strong allied and supporters to Israel..! So, is there any Islamic countries that is now being a known enemy to the US and Israel..?? Almost none right..? The answer is, there’s only 3 countries left who are openly against and being the worse nightmare for the US and Israel which is Iran, Syria and Lebanon.. And all three country is the world biggest Shia community.. The Shia community that has been regards as a cult people by the Wahhabi’s was actually a real nightmares to the US and Israel..!! So where have gone all the voices from the so-called Wahhabi’s in these issues..? Where are they..?
Right now, soon when Syria fall from the created so-called ‘people revolutions against the corrupt government’, the Kafir Laknatullah which is the United States, Israel and their other allies will start to demolish Lebanon and finally attack start an on Iran and will cause the World War III which will eventually led us all, people of planet earth into the Armageddon abyss.. The war of End of Days..
Please now unite the people of Sunni and Shia.. Your enemy was clearly not among you but the exact one was right in front of your naked eyes..!
Unite now..!
Leave CommentsEid’ul Fitr 1433 Hijriah

Salam 1 Syawal – Lebaran Hari Fitrah Muslimin dan Muslimat seluruh dunia buat tahun 1433 hijriah kini di sini..
Dalam kehidupan aku sehari-hari, terlalu banyak dosa dan pahala yang aku gelandangi, lagi-lagi dengan sesama mahluk Al Khaliq Yang Maha Esa.. Maka atas kesempatan dalam ruang yang kecil ini, entah kamu-kamu dengar atau pun tidak akan jeritan batin ini, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang tidak mampu lari dari melakukan khilaf dalam dunia ini..
Dengan rasa rendah diri yang amat, dengan rasa penuh dosa dan silap, aku menyusun sepuluh jari sujud ke bumi memohon maaf pada semua makhluk Ilahi yang pernah aku lukai.. Moga-moga kamu-kamu itu mengerti dan mendengar permohonan maaf dari aku ini..
Semoga kalian kekal aman dan bahagia di muka bumi yang fana ini.. Salam Lebaran Aidilfitri.. Mohon maaf zahir dan batin..
Leave Comments

