6th MAKMAL© Series – The Untold Stories
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat with salam for Rasulullah SAW with His Ahlul Bay’t of Prophet PBUH.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
It’s been a while since I last update my blog.. It’s been a while since I last wrote in English.. My last article in English was “Sunni vs Shia = Wahhabi and Israel Wins“. Most of my articles that has been written in this humble blog was in Malay language. First, because I’m a Malay. A seriously handsome Malay guy.. LOL! Second, it’s because Malay language used to be the most spoken language in the world back in the 14th century.. So I guess I was just doing my part in kicking back the language to where it was suppose to be.. But in this article, I’m gonna write in English so that it can be used as part of my working portfolio in future, Inshaallah!
Okay.. Enough about the languages blabbering. A few weeks back, I was approached by some nice people from Make Condition Design | Thinklab©, a local designers collective along with MRM – Majlis Rekabentuk Malaysia who was actively organizing talks, workshop and forum known as MAKMAL© Series throughout the year. Their intention was to invite all sort of peoples (mostly designers) and speakers to sit down in a group and have a very cool discussions on any topics that related to the collective directions..
And so.. I was invited to speak at their 6th MAKMAL© Series under the topic called ‘The Untold Stories’ focusing NOT on my design and creative background BUT on Malay arts culture and historical facts. On this series, they have invite two more speakers for that day to share their stories, experience and work focusing on expanding local culture into modern contexts. There was Amir Muhammad and Tintoy Chuo. Both of them are very much well-known people in their own respective fields.. And then there was me..
But me talking about Malay culture and it’s historical stories for the English speaking society where they even have a few foreigners (non-Asian)..? Now that’s a tough job! Why did I say that it’s gonna be a tough job..? First, it’s because there is no replacement for Malay terms to be use in English. Second, seriously dude.. Who would be bothered to listen to ancient stuff from the 13th – 14th centuries..? Now that’s a challenge.. And I accept it with a smile on my face.. LOL!
A few week before the MAKMAL talk took place, I was again extremely tested and this time with a motorbike accident. The crash has cause me being hospitalized for one week plus one-month medical leave, some tissues lost on my left arm, tearing muscles, losing quite huge amount of skins on some of my body parts. Dang! Inshaallah, I will post about that accident stories later.
Okay.. Back on the MAKMAL stories. I managed to skip hospital part and went straight to PUBLIKA in Solaris Mont Kiara where the talk should be. I bring along with me not only my laptop and slides but my best buddy as well; Firdaus Azizan, Afifi Md Taib and Fariz Wan Mat Alli to help me with the presentation part. I talk about Malay Arts basically.. It’s crafts, it’s dresses and fashions, it’s alphabets, it’s architectures, it’s martial arts.. Everything that is ‘Malay’, I’ve tried my best to describe and elaborate on how the arts element has somehow influenced and compliments today’s designers ideas and creations. I’ve tried my best to stand straight that night and nobody know that I got 7 stitches and wounds under my sleeves and that I’m having difficulties in bending and straightening my injured left arm.
And to without my awareness, from the feedback that I got later from audiences and the organizers, they love my talk! They love my speech! Pheww.. I’ve do it right I guess.. And so, here are the photos of that night.. Enjoy!
NOTE: All photos are copyrighted to Make Condition Design | Thinklab.



















Jejak Sheikh Abdullah di Gunung Jerai


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Salam serta selawat ke atas Nabi junjungan Habibullah, Muhammad Rasulullah SAW serta Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”.
Baru- baru ini semasa cuti Tahun Baru Cina, aku telah mengambil kesempatan cuti untuk ke Alor Setar untuk meraikan pernikahan Adinda sepupu aku di sana. Dalam kesempatan yang ada, aku mengambil keputusan untuk ziarah ke sana sini di bumi tua bernama Kedah Darul Aman..

Sebelum bertolak ke Kedah lagi, aku telah ditanya oleh Adinda Anne Khairani sama ada aku mempunyai perancangan untuk ke Gunung Jerai? Jawaban aku, mungkin tidak kerana aku merancang untuk ke Sidam Kiri untuk ziarah makam Nenda ku Opu Daeng Perani selain untuk ke makam-makam lain di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, tetapi malam selepas majlis kenduri, diri aku rasa terpanggil untuk ke Gunung Jerai.. Panggilan itu terasa semakin kuat keesokkannya selepas bersarapan pagi..
Gunung Jerai yang terletak dalam daerah Gurun, Yan dan Sungai Petani Kedah Darul Aman merupakan antara lokasi tarikan bagi pengamal persilatan, perubatan selain dari Gunung Ledang dan Pulau Besar di Melaka yang mana ketiga-tiga lokasi ini membentuk satu segitiga mistik di Kepulauan Nusantara ini.
Bagi penduduk setempat sekitar Gunung Jerai, gunung ini dikatakan hidup dan bernyawa kerana kerap ‘makan manusia’ selain dari kes-kes misteri kehilangan pendaki selama berminggu-minggu dan ada yang langsung tidak dijumpai sehingga ke hari ini.. Beberapa kawasan di kaki gunung, di air terjun dan di kawasan puncak gunung dikatakan dihuni oleh orang-orang bunian malah ada yang mengatakan bukan setakat kampung bunian sahaja, malahan sebuah kerajaan mereka turut ada di sini lengkap dengan istana dan pemerintah dari kalangan bunian..

Seperti halnya dengan gunung-gunung dan pulau-pulau lain di dalam dunia ini, Gunung Jerai juga ada penjaganya atau orang yang memegang ‘kunci’nya iaitu seorang yang dikenali dengan nama ‘Tok Ayah Hashim’.. Rumah beliau terletak di kaki Gunung Jerai dan bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui perihal kisah Gunung Jerai, bolehlah singgah dan berbual dengan beliau.. Semasa kembara aku ke Yogyakarta beberapa tahun lepas, aku sempat menaiki Gunung Merapi dan melintasi rumah penjaganya atau ‘pemegang kunci’ Gunung Merapi iaitu Mbah Maridjan.. Seperti yang dijanjikan Allah Taala, Mbah Maridjan telah terkorban dalam letupan Gunung Merapi pada Oktober 2010 yang lepas dan jenazahnya ditemui keras diselubungi debu dan lavar Gunung Merapi dalam keadaan bersujud di atas sejadahnya..
Pada awalnya aku memasang niat untuk singgah ke rumah Tok Ayah Hashim untuk bertanya khabar sambil berbual pendek, tapi laluan sempit ke puncak gunung telah membatalkan hasrat aku kerana aku berniat untuk segera sampai ke Padang Tok Sheikh di puncak gunung.. Niat hati aku kalau dapat bersolat Zohor dan Asar di puncak gunung pun jadilah untuk mengambil berkat tapak di gelanggang tua Sheikh Abdullah Ahmad Ja’afar al Qaumiri, salah seorang murid kepada Sultanul Auliya (Penghulu kepada segala Wali Allah), Sheikh Abdul Qadir al Jailani dan sebagai orang yang mula-mula sekali bertanggungjawab mengIslamkan kerajaan Kedah Tua pada tahun 1136 Masehi (531 Hijrah).. Dan.. Menjadi orang pertama yang membawa ilmu beladiri yang umum hari ini memanggil dengan nama ‘Silat’ di Tanah Melayu..
Kedatangan Sheikh Abdullah ke Alam Melayu bukanlah berseorangan, tetapi beliau telah belayar bersama-sama dengan beberapa rakan seperguruan beliau dari pondok Sheikh Abdul Qadir al Jailani iaitu Sheikh Ismail Zaffi, Syed Thanauddin Hussein Jammadil Qubra yang berketurunan terus kepada Syed Al-Alawiyah (Sayyid) dan beberapa kumpulan pendakwah yang lain. Semasa kedatangan rombongan Sheikh Abdullah ke negeri Qalha (nama lama bagi negeri Kedah) beliau telah dicabar sendiri untuk bermain senjata oleh pemerintah negeri Qalha iaitu Maharaja Derbar Raja II.. Dipendekkan cerita, segala penggawa dan hulubalang istana termasuk Maharaja Derbar Raja II sendiri yang menggunakan pelbagai ilmu-ilmu kebatinan dari Hindu-Buddha telah tewas dengan mudah ditangan Sheikh Abdullah seorang diri yang hanya mengguna gerak ‘Lam Jalallah’ iaitu salah satu gerak tua dalam ilmu persilatan Melayu.. Maka setelah dipersetujui, seluruh isi negeri Qalha pun diIslamkan dan ditukarkan nama negeri menjadi negeri Kedah Darul Aman iaitu yang membawa maksud ‘Negeri yang di dalam keamanan Tuhan’ dan nama Maharaja Derbar Raja II pun ditukarkan kepada Sultan Muzzaffar Shah I.. Begitulah ringkasan sejarah negeri Kedah yang diIslamkan tanpa perlu ke medan perang seperti yang tercatit di dalam Al Tawarikh Salasilah Negeri Kedah karangan Encik Muhammad Hassan Bin Datuk Kerani Muhammad Arshad cetakkan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Selesai mengIslamkan kerajaan negeri Kedah, Sheikh Abdullah bersama dengan rombongannya yang lain berangkat pula ke Aceh untuk mengIslamkan kerajaan-kerajaan Melayu-Tua yang lain. Di sana, beliau digelar ‘Sheikh Abdullah Ariff’. Mengikut tulisan Dr Buya Hamka dalam bukunya yang berjudul ‘Selarah Umat Islam’ (tiga jilid) dan ‘Islam dan Adat Minangkabau’, ketika Sheikh Abdullah di Aceh, Raja Adityawarman, pengasas Kesultanan Pagaruyung telah diIslamkan ditangan Sheikh Abdullah sendiri dan telah belajar ilmu-ilmu beladiri dari beliau. Ketika ini, Sheikh Ismail Zaffi dan Syed Thanauddin Hussein Jammadil Qubra juga telah berangkat ke destinasi masing-masing untuk meneruskan perkembangan agama Islam ke daerah Nusantara yang lain. Dikhabarkan dari orang-orang yang terdahulu, Syed Thanauddin Jammadil Qubra kemudiannya menetap di Gunung Ledang dan dikenali dengan nama ‘Adi Putra’ atau ‘Aria Putra’ manakala Sheikh Ismail Zaffi menetap terus di Gunung Wirana Pura di bawah jajahan Jawa di Jayakatra (hari ini Jakarta) dan memakai gelaran ‘Sang Persata Nala’.. Mereka-mereka ini duduk menjadi ‘Ajar-Ajar’ kepada semua ilmu agama Islam dan ilmu isyarat dan firasat Hulubalang Melayu Penjurit-Kepetangan zaman berzaman membawa ke hari ini menerusi Ajar-Ajar yang ditauliahkan untuk mengajar..
Sheikh Abdullah kemudiannya belayar balik ke Negeri Kedah dan memohon kepada Sultan Muzzaffar untuk tinggal terus di puncak Gunung Jerai.. Pada ketika inilah Sultan Muzzaffar sendiri telah memohon kepada Sheikh Abdullah Ibni Sheikh Ahmad Ibni Sheikh Ja’afar al Qaumiri untuk belajar ilmu-ilmu beladiri yang ada pada beliau.. Dan beliau bersetuju untuk mengajarkannya dengan bersyarat iaitu, ilmu ini hanya boleh diajarkan kepada waris raja-raja dan kaum kerabat Diraja sahaja, turun temurun.. Dan dari sinilahlah turunnya dalam dunia hari ini permainan ‘Ibu Silat Melayu’ yang antaranya telah berkembang menjadi Silat Kalimah, Silat Sendeng, PIKUM, Silat Papan Sekeping, Silat Kalam, Silat Abjad dan beberapa silat yang lain lagi selepas dikembangkan buat rakyat jelata selepas era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II..
Maka.. Di sinilah bermulanya sejarah dalam sejarah.. Di kawasan yang dikenali dengan nama ‘Padang Tok Sheikh’ hari ini, dahulunya telah didirikan sebuah menara tinggi bagi kegunaan Sheikh Abdullah untuk melaungkan azan ketika setiap kali masuk waktu solat dan digunakan untuk bergelanggang mengajarkan ilmu pertahanan diri buat kaum kerabat Sultan Muzaffar Shah I selain digunakan untuk solat berjemaah.. Dikhabarkan orang-orang terdahulu, apabila Sheikh Abdullah melaungkan azan itu suaranya dapat didengar di setiap pelusuk negeri Kedah dan dari situ beliau digelar penduduk negeri dengan gelaran ‘Sheikh Tajred’ iaitu Sheikh yang tidak kelihatan (walaupun suaranya dapat didengar)..



Jadi ketika aku sampai ke kawasan Padang Tok Sheikh, aku sempat juga melaungkan azan di puncak bagi mengambil berkat Sheikh Abdullah dan sebagai salah satu adat Perwaris Penjurit-Kepetangan ketika pergi ke tempat-tempat keramat..
Ohh ya.. Terlupa pula nak tulis, ketika melintasi kawasan telaga Tok Sheikh iaitu perigi yang digali sendiri oleh Sheikh Abdullah dan pengikut Sultan Muzzaffar, aku terpandang sebuah gerai yang dibuka di tepi jalan dan menjual pelbagai barangan antik seperti keris, minyak gaharu dan cendana juga batu-batu permata untuk dibuat cincin, aku ternampak sepasang burung yang aku yakin sangat sebagai burung Cenderawasih yang terbang rendah berhampiran kawasan gerai tersebut.. Burungnya kelihatan besar, berbulu panjang sampai ke tanah dan berwarna-warni.. Sememangnya cukup indah dipandang.. Akan tetapi aku membiarkan sahaja burung itu tanpa tergerak untuk merakamkan gambarnya..
Selesai melaungkan azan di Padang Tok Sheikh, terus aku bertindak menunaikan hajat aku untuk bersolat Jama’ Zohor dan Asar di atas, maka aku pun berpusing-pusing dikawasan sekitar.. Di atas binaan menara yang baru, aku terjumpa segumpak kain putih berserta dengan ikatannya sekali, dan apabila aku membuka kain tersebut, ternyata ianya adalah sehelai kain kapan.. Tak tahulah siapa punya kerana ianya masih baru lagi.. Jeng jeng jengg.. Hahaha..



Selesai bergambar kenangan di kawasan Padang Tok Sheikh, aku turun kembali ke kawasan Telaga Tok Sheikh dan mengambil wuduk semula lalu menyambung perjalanan ke gerai barangan purba yang kelihatan tadi.. Sejurus selepas memberi salam kepada Tuan Kedai, beliau lantas datang bersalaman dan terus berbisik kepada aku.. “Kita dah tahu awk nak datang sini..” Jadi aku membalas, “Macam mana tahu..?” Dan katanya, “Orang atas dah bagi tahu.. Orang atas suruh bagi pedang..” Aku hanya mampu tersenyum sambil terdetik dalam hati, ‘Aikk, takkan nak bagi free je..?’ Kemudian lelaki itu bergegas ke dalam keretanya dan membawa keluar dua bilah pedang Katana yang digunakan pahlawan Samurai Jepun dahulu kala.. Satunya bersarung dan berhulu hitam manakala yang sebilah lagi bersarung dan berhulu merah.. Lantas lelaki itu berkata “Yang merah itu awk punya.. Ambillah!” Aku tersenyum dan meminta izin untuk membuka bilah pedang untuk melihat matanya.. Maka terlihatlah bilah mata yang sangat tajam dan berwafak dari hulu ke hujung matanya.. ‘Pedang lama ni..’ Getus aku dari dalam hati.. Kemudian lelaki itu bersungguh-sungguh lagi mahu aku mengambilnya tetapi aku menolak dengan baik.. Kata aku padanya ‘Cukuplah apa yang ada..’ Lantas lelaki itu memberi tahu, “Kita ni dah tak lama.. Siap sedia lah.. Ambillah pedang merah tu.. Orang atas nak awk ambil..” dan aku membalas dengan senyuman, “Tak apa lah Tuan.. Cukuplah apa yang saya ada Inshaallah..” Selepas itu barulah beliau berhenti dan tersenyum..




Kemudian dia pergi ke satu sudut kedai dan membuka salasilah keluarganya.. Lalu aku membelek.. Ohh.. Rupanya dia ini waris dari Sultan Muhammad Jiwa iaitu Kekanda kepada Moyang aku, Tunku Aishah Ibni Sultan Abdullah al Mua’zzam Shah lalu aku pun berlari anak ke arah kereta untuk mengambil salasilah keluarga aku pula yang memang aku usung ke hulu ke hilir dalam iPad lalu aku tunjukkan pada dia.. Aku berkata pada dia, yang ‘kita ni adik beradik laa kot..?’ dan dia membalas “Kita dah tahu dah awk adik beradik kita.. Orang atas dah cakap awal-awal lagi..” Hahaha.. Macam-macam laa dia ni..
Kami berbual pendek, bersalaman dan berpelukkan erat sebelum mengucapkan selamat tinggal.. Selesai ziarah ke Gunung Jerai, aku dan ahli keluarga yang lain terus bergegas pulang ke kampung di Kulim kerana menerima berita kematian salah seorang jiran dekat di sana sebelum berangkat pulang terus ke Kuala Lumpur menjelang tengah malam..
Al Fatehah buat semua yang telah mendahului kekita semua..





“Melayu – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Al fatehah..
Dedikasi kepada sekian pejuang.. Ahli Allah, ahli syahid, insan yang terinaya dan diinayai, sekian ibu-ibu (perwisa yang senyap) dulu sekarang dan akan datang..
Buat mu Habibullah Ya Rasulullah.. Salallahualaihi Wassalam.
“MELAYU – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Dulu..
Di sini..
Di sini ini..
Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita
Tinggi Beruas turun ke lembah
Hulu semenanjung sampai ke Manjung
Gangga Negara nama ditanda
Menjulang tinggi adaban dunia..
Dulu..
Di sana..
Di sana itu..
Ditulis surat
Persuratan tua buat umat
Tamra ditanda batu bersurat
Tinggal sepi dalam negeri Megat..
Di Kuala Berang terpecah urat..
Sayup terdengar jeritan kelam..
Ini negeri Megat Panji Alam..!
Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay’tul Rasul..!
Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..
Di sini.. Dalam akhir zaman..
Ini..
Maka tersurat…
Apa yang tersirat…
“Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..
Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam.
“DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!”
Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..
DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!
Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;
Tuhan..
Tuhan..
Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..!
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..
Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua..”
“KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN..”
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Dulu..
Di atas..
Di atas sana..
Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..
Kalha.. Kataha..
Nama tercipta Negeri Kedah Tua
Sheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..
Berjanji teguh adinda kekanda..
Gunung Jerai ke Langkasuka..
Dulu..
Di bawah..
Dan di seberang sana..
Berteguh janji bapa saudara
Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya,
Adil saksama ganjaran di beri
Memberi malu tidak sekali”
Hikayat berlalu pecah gelora
Parameswara jadi Maharaja
Jadi lambang daulat negara
Kekallah Melaka jadi seadanya..
Dulu..
Di bawah sana..
Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka Raja
Tun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenaga
Lekir di hilir, Lekiu di hulu
Jebat-Kasturi tinggi berdiri..
Hilang..
Hilang terus perjanjian tua..
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?”
Dulu..
Di sana..
Tiba giliran Paduka Sultan beraja
Sultan Mahmud Shah jadi ingatan
Benggali Putih buat belasahan..
Terbakarlah Melaka zaman berzaman..
Undur Sultan ke serata peri..
Tinggal sekeping hati dan alatan negeri
Kampar benteng harapan buat baginda merajai
Kekal tak kembali ke Melaka lagi..
Dulu..
Di tanah ini..
Raja Muzzaffar dijemput pergi..
Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi
Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..
Sambil diiring Paduka seberang..
Daulat raja di ranah Minang
Megat Terawis hulubalang terbilang..
Dulu..
Di bumi ini..
Datang pula dugaan Tuhan
Buat menguji hati sang raja
Supaya ingat akan asal dan jasa
Usul dititah untuk dijaga..
Lantas..
Dia berbisik..
Berbisik dari hati yang suci murni
Buat jadi benteng diri
Dari ‘penghuni’ segenap negeri..
“Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka..”
Hari ini..
Kini di sini..
Apa yang tinggal hanya kita-kita..
Menggalas tanggungan beban derita..
Bukan hanya sekadar cerita..
Buat mainan dikala hiba..
Atau buat mengulit si kecil lena..
Hari ini..
Di bumi ini..
Yang tinggal hanyalah aku dan kamu
Setelah cukup zaman itu
Kini bermula zaman yang baru
Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..
Aku dan kamu
Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama
bangsa tanahair
Tanah tumpah nya darahku
Tanah yang sekangkang kera ini..
Inilah tanah kita..
Ini Tanah para Syed dan Syarifah..
Ini tanah Raja-Raja
Ini tanah Megat-Megat
Ini tanah Daeng-Karaeng
Ini tanah Meor-Meor
Ini tanah Wan-Wan
Ini tanah Nik-Nik
Ini tanah kita semua..
Ini tanah Ahlul Bay’t..!
… Tanah ini ‘Tanah Melayu’..!
Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan bangsa
Para pertapa ke Batu Belah
Ke Ulu Perak ke Pulau Besar
Untuk bertauliah dan berijazah
Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi
Dengan para auliah dan para santabi
Aku dan kamu
Rajawali mahupun Jentayu
Mengembang sayap di angin lalu
Dengan seruan jihad bertalu-talu..
Telah berlalu 500 tahun itu..
1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..
Di sini kekita menanti
Dalam hati-hati manusia itu diam sendiri
Tentu ada yang tak takut mati..
Maka akan bangkit..
Inshaallah Taala akan bangkit nanti..
Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..
Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..
Agama Tauhid akan kembali berdiri..
Dari sini..
Dari sebelah sini..
Hari ini..
Antara Habil dan Qabil
Antara Jalut dan Talut
Antara Harut dan Marut
Antara Hassan dan Hussin
Antara Lekir dan Lekiu
Antara Osama dan Obama..
Ada sesuatu..
Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..
Patah tongkat berjeremang..
Habis Hulubalang bersiak..!
Bukan balang-balang Hulubalang,
Hulubalang terbilang jitu..
Bukan barang-barang Penjurit,
Penjurit Kepetangan jua yang tahu..
… Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku..!
Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh
Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013
HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)
* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Allahyarham Dato’ Megat Mohd Nordin.
Nukilan Buat Penggiat Aktivis Busana Tradisi Melayu

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Syukur Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah Azza Wajalla, Penguasa sekalian alam.. Selawat serta salam buat Nabi junjungan, Habibullah Muhammad Rasulullah SAW serta ahlul bay’tul Baginda Rasul.. Pertama sekali, hamba menyusun sepuluh jari, mohon pengampunan dari hujung rambut ke hujung kaki.. Seseungguhnya diri hamba sendiri bukanlah kasturi apatah lagi mutiara berseri dalam bidang Busana Melayu Tradisi.. Penulisan yang ditulis ini, ikhlas dari hati.. Mungkin bakal jadi panjang.. Mungkin akan ada yang terasa hati.. Mungkin ada iktibar buat diri.. Mungkin.. Segalanya..
Bacalah.. Bacalah dengan perlahan dan fahamkan maksud yang ingin hamba sampaikan.. Semoga jadi iktibar.. Semoga jadi panduan pada kebaikkan dan jadi sempadan pada mana-mana keburukkan.. Inshaallah Taala.
Pemakaian ‘Busana Tradisi Melayu’ yang dahulunya dipandang ringan dan remeh di kalangan bangsa Melayu sendiri hari ini telah mula kelihatan dikembalikan ‘rohnya’ pada jiwa setiap anak-anak Melayu. Dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini, orang-orang Melayu sendiri malu dan segan untuk memperagakan pakaian pusaka warisan bangsa.. Tetapi tidak lagi hari ini..
Hari ini, anak Melayu dengan berani serta rasa bangga memakai busana lengkap berkeris bersiar-siar di tengah kota besar seperti Kuala Lumpur. Hari ini anak Melayu sudah mula menyimpan songkok (atau disebut ‘serkup kepala’) di dalam gobok buruk dan mula memakai ‘ikat / lilit kepala’ yang kita sebut tanjak / destar / tengkolok.. Hari ini anak Melayu sudah pandai menghargai nilai songket dan kain tenun.. Hari ini anak Melayu telah pandai memilih pending dan bengkung untuk dipakai berbanding tali pinggang berharga ratusan ringgit.. Hari ini anak Melayu sudah mula pandai menilai dan faham peri pentingnya, betapa berharganya, pusaka warisan bangsa sendiri..
Atas dasar memikirkan untung nasib bangsa hamba sendiri hari ini yang berani akan tetapi masih ramai lagi buta dalam hati.. Masih lagi keliru.. Masih lagi tidak tahu akan adat dan adap pemakaian busana Melayu.. Rujuklah sejarah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. Di dalam lembaran sejarah, telah banyak ditulis apabila mana-mana Sultan memerintah negeri berkenan ingin menganugerahkan kepada mana-mana individu yang terpilih, hanya 2 perkara (utama) yang selalu dianugerahkan kepada individu terbabit.. Hanya 2 perkara Tuan-Tuan dan Puan-Puan..
- Anugerah ayapan Diraja (Makanan dan minuman yang disantap baginda sedikit dianugerahkan kepada mana-mana individu).
- Anugerah sepersalinan pakaian / kain-kain (Yang didatangkan kehadapan individu terbabit dalam upacara penuh adat istiadat disertai Nobat. Ada yang seceper. Ada yang 3 ceper. Ada yang 5 ceper. Dan ada pula yang sepeti atau berpeti-peti bahkan sekapal).
Begitulah tingginya nilai ‘busana Melayu’. Hanya dalam beberapa peristiwa sahaja baginda Sultan menganugerahi tanah jajahan.. Ataupun sungai.. Yang menjadi kebiasaan ialah anugerah persalinan / pakaian..!
Maka.. Beringatlah dalam diri kita sendiri.. Tepuk dada, tanya iman.. Di mana tahap kejujuran kita? Di mana kita berpijak dalam menjunjung kedaulatan busana tradisi tinggalan nenek moyang kita? Setiap persalinan, setiap warna pilihan, setiap tanjak atau tengkolok bukan boleh dipakai sembarangan.. Sedangkan duduk letak ikatan bunga pada kain sampin sendiri perlu dianugerahkan terlebih dahulu, bukan mengikat mengikut hawa nafsu yang maha hebat tak pernah surut.. Kerana memikirkan diri layak.. Kerana memikirkan diri berketurunan hebat, belum menjadikan diri Tuan-Tuan dan Puan-Puan layak untuk yang demikian..
Apatah lagi pemakaian baju layang / baju sikap.. Bukan sebarang-sebarang orang, melainkan Dato’-Dato’ pilihan yang dianugerahkan dengan pangkat dan mandat selain memikul tanggungjawab yang maha berat dan maha hebat untuk digalas..
Hamba faham akan pemakaian selempang (jika menurut anutan persilatan masing-masing), akan tetapi segalanya perlu ada maksud dan pemahaman yang benar dan tepat.. Bukan dipakai begitu sahaja mengikut sesedap rasa.. Begitu juga dengan pemakaian keris.. Keris tidak disisip dua-tiga dipinggang melainkan satu dan penduanya dipegang.. Dan bukan semua orang layak memakai keris pendua melainkan Dato’-Dato’ yang membawa amanat Raja / Sultan.. Yang bergelar.. Yang ‘Pancung Tak Bertanya’.. Apatah lagi mengusung pedang / sundang kuasa kesana kemari..
Adakalanya hamba termenung dan tersenyum sendiri mengenang untung nasib bangsa.. Sudah buta, tertipu dan menipu pula.. Diri bergelar penyimpan / pengumpul keris dan senjata.. Diri berjalan ke segenap pelusuk negara apatah lagi kembara merata-rata mengelilingi Nusantara pustaka pusara.. Beratus manusia.. Beribu ummat Muhammad SAW diri dah berjumpa, tapi masih ego.. Masih bongkak.. Penuh pula dengan rasa sombong dan riak tak mahu menerima pemakaian keris atau senjata pada cara yang sempurna.. Pada cara yang sepatutnya.. Pada cara yang diturunkan turun-temurun.. Maka belajarlah.. Bacalah pustaka tinggalan.. Tanya pada yang tahu.. Tanya pada waris.. Tanya pada guru yang layak.. Buangkan rasa bongkak, sifat riak dan fikiran sombong yang bisa menjadikan hati mati.. Nanti..
Kumpulan ‘Busana Tradisi Melayu Serumpun‘ di dalam laman facebook ini dahulunya diwujudkan dengan hanya ada 3 orang Melayu yang berfikiran gila.. Yang bersemangat gila untuk mengembalikan busana tradisi Melayu menjadi satu kegilaan pada orang-orang gila yang lain diluar sana yang mungkin gila atau mungkin tidak gila.. Tapi hakikatnya kita semua sebenarnya tidak gila.. Apa yang kita lakukan selama ini dalam memperjuangkan dan mengangkat kembali busana warisan pusaka tinggalan moyang leluhur kita.. Kamu-kamu semua adalah pejuang bangsa yang mengangkat kembali maruah serta ‘roh’ dalam pemakaian Melayu.. Maka dengan itu, belajarlah adap dan adat untuk cara yang sebetul-betulnya berbusana Melayu.. Jangan memakai tanjak dengan t-shirt berkolar atau tanpa kolar sesedap rasa.. Jangan memakai kain sampin dengan seluar jeans ciptaan khas untuk pekerja buruh di negara barat.. Kerana pemakaian kita-kita adalah lebih mulia dari memakai Gucci atau Louis Vuitton semata-mata..
Jika ingin berbusana, berbusanalah dengan selengkapnya.. Dengan seadanya.. Dengan sepatutnya.. Dengan caranya.. Adat dan adapnya.. Jika tidak, pakailah pakaian harian seperti biasa.. Untuk ke pejabat pada hari-hari biasa atau untuk ke kedai kopi sahaja..
Setelah lama hamba duduk dalam kumpulan busana ini, telah hamba lihat perihal dan perkembangannya dalam kita-kita menongkah arus kemodenan dunia hari ini, rasanya sampailah masa untuk hamba mengundur diri.. Kerana Tuan-Tuan dan Puan-Puan telah mengerti serta bijak pandai lagi dalam urusan busana sehari-hari.. Perginya hamba dari sini bukan bererti hamba menyepi, apatah lagi mengasing diri kerana sesiapa pun lagi masih boleh terus berhubung jika sudi.. Perginya hamba dari sini atas urusan yang lebih berat menanti.. Atas seruan dari Ilahi buat diri menanti mati..
Hamba susun sepuluh jari, mohon pengampunan yang hakiki.. Atas segala dosa dan khilaf yang terjadi.. Halalkan makan dan minum hamba selama ini atau hutang piutang dari diri.. Kalau-kalau diri ini pernah berkasar peri, maka ampunkanlah hamba dunia dan akhirat, halalkan segala-gala yang terjadi..
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Ikhlas dari,
Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Saleh

Waris Opu Daeng Perani – Marhum Mangkat di Kedah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Salam serta selawat buat Rasul utama Habibullah, Rasulullah Muhammad SAW serta Ahlul Bai’yt Baginda Nabi Allah.
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

Allahyarham Haji Hashim Ibni Haji Abdullah Ibni Lebai Ishak Ibni Y.A.M. Tun Daeng Arif.
Aku agak keberatan untuk memulakan posting dalam artikel ini.. Tapi setelah berfikir, Inshaallah Taala, aku usahakan juga demi pencerahan buat semua.. Acap kali ramai yang bertanyakan soalan pada aku lewat kebelakangan ini mengenai status atau gelaran ‘Tun’ yang dipakai di pangkal nama aku dan keluarga aku.. Ada yang bertanya “adakah sama atau setaraf dengan Tun yang dipakai oleh Dr Mahathir Mohammed dan semua Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum beliau..?” atau adakah sama seperti gelaran-gelaran Tun-Tun dan Megat-Megat di Perak yang berketurunan dari Tun Saban dan Megat Terawis..?” – Jawapannya adalah tidak sama sekali..! Kami hanyalah orang biasa yang membawa gelaran turun temurun dari Nenda-Nenda terdahulu sebelum kami..
من اروفا نفساهو، فاقود اروفا روبباهو
Man arofa nafsahu, faqod arofa Robbahu
“Barang siapa yang mengenal diri dan asal usul, maka dia mengenal Tuhan”
Seperti sabda Rasulullah SAW diatas, kita dituntut untuk mencari salasilah keluarga sekurang-kurangnya sehingga kepada 13 keturunan di atas. Tujuannya bukanlah untuk berbangga atau bersifat assobi’yah dengan kehebatan orang-orang terdahulu kerana Iman dan Ilmu itu tidak akan dapat diwarisi melalui apa cara sekali pun. Akan tetapi tujuan Baginda Rasulullah SAW menyarankan yang sedemikian supaya kita mengenal diri dan rohani sendiri selain untuk mengelakkan zina dan sumbang mahram kalau-kalau tersangkut dengan ahli keluarga sendiri melalui perkahwinan yang terlarang.
Menurut kajian salasilah yang keluarga kami usahakan yang kini mencecah hampir 13 tahun tempoh kajian, kami menemui beberapa bukti sahih yang menemukan kami dengan Opu Daeng Perani (Daeng Parani / Paroni) dengan isteri keempat beliau (sebelum mangkat) iaitu Y.A.M. Tunku Aishah Ibni D.Y.M.M. Sultan Abdullah Al Mua’zam Shah Kedah Darul Aman dari anak bersama Y.M. Che’ Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas.

Panduan pelayaran yang berusia lebih 300 tahun ini pernah digunakan oleh Opu Daeng 5 saudara di Tanah Melayu. Terdapat beberapa ilustrasi ‘dabat’ seperti ‘Cengkau Taji Beroga’ jika dilihat dari sudut Ilmu Firasat Hulubalang.
Opu Daeng Perani adalah anak kepada Opu Tendriburang Daeng Rilaga Ibni La Maddusalat Karaeng Datu Tenate iaitu pemerintah Bugis di Luwuk Sulawesi. Opu Daeng Perani adalah anak sulung dari 6 adik beradik iaitu Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Chelak, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Kemasi dan seorang puteri yang bernama Datu Ri Watu yang tinggal menetap di Istana Agung Bugis Luwuk. Menurut salasilah lama tulisan Jawi, Datu Ri Watu Ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaga itu telah berkahwin dengan Daeng Petaperangkawai Ibni Arung Palakka, Raja Bone di Sulawesi.
Telah tercatit secara sahih dalam lembaran sejarah bahawa Opu Daeng Perani 5 beradik banyak terlibat dalam kancah politik Istana di Tanah Melayu terutama di Johor, Riau, Linggi, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah sekitar tahun 17 masehi. Kehebatan Bugis 5 bersaudara ini telah terbukti dalam lembaran sejarah dari sudut penguasaan ketenteraan maritim dan darat.
Mengikut kajian salasilah keluarga aku dari belah Ayahanda, iainya adalah begini;
Muhammad Farul Azri ››››› Haji Muhammad Salleh ››››› Haji Hashim ››››› Haji Abdullah ››››› Lebai Ishak ››››› Tun Daeng Arif (Adinda kepada Tun Daeng Khatijah) ››››› Opu Daeng Perani (Suami kepada Tunku Aishah Ibni Sultan Abdullah Al Mua’zam Shah, Sultan Kedah Darul Aman ke-17).
Pada waktu itu, Sultan bagi negeri Kedah Darul Aman adalah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II menggantikan Kekanda beliau Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (memerintah selama 3 tahun sahaja). Pada waktu itu, Sultan Muhammad Jiwa telah berjanji kepada Opu Daeng Perani jika beliau menang di dalam perang menentang Raja Kechil Siak, maka beliau akan dinikahkan bersama Tunku Aishah iaitu Adinda Tuanku sendiri dan dijanjikan tahta Negeri Kedah Darul Aman kerana pada waktu itu, Sultan Muhammad Jiwa belum lagi memperolehi cahaya mata. Apabila peperangan siri pertama dimenangi oleh angkatan Opu Daeng Perani dan Kedah, beliau telah dinikahkan dengan Tunku Aishah dan mendapat cahaya mata sulung bersama iaitu Tunku Daeng Khatijah.
Tidak lama selepas itu, Tunku Aishah mengandung pula anakanda kedua dan dalam masa yang sama Raja Kechil Siak menyerang lagi (kali kedua) bagi merebut tahta Negeri Kedah. Dalam peperangan siri kedua ini, sekali lagi angkatan perang Opu Daeng Perani telah berjaya mengalahkan angkatan Raja Kechil. Walaubagaimana pun, Opu Daeng Perani telah telah terkena bedilan meriam Raja Kechil di dadanya dan mengakibatkan beliau maut seperti yang dihikayatkan dalam Tuhfat Al-Nafis seperti yang dijanjikan Allah Taala pada waktu beliau berumur sekitar 46 tahun. Tidak lama selepas kemangkatan Opu Daeng Perani, Tunku Aishah selamat melahirkan Anakanda kedua beliau di Istana Kota Bukit Pinang dan dinamakan Tunku Daeng Arif.
Selepas kemangkatan anak Raja Bugis ini iaitu Opu Daeng Perani, gelaran ‘Ku’ telah dilucutkan dari gelaran ‘Tunku’ dan tinggal gelaran ‘Tun Daeng’ sahaja. Gelaran ‘Tun’ dikekalkan atas permintaan dari Tunku Aishah sendiri atas dasar menghormati isteri tua Daeng Perani di Johor iaitu Anakanda kepada Bendahara Tun Abas (Kerajaan Johor-Riau) dan beranakkan Temenggong Tun Abdul Jamal. Akan tetapi, pengikut-pengikut Raja Kechil Siak masih lagi berdendam dengan orang-orang Bugis dan menjadikan ahli keluarga serta keturunan Daeng Perani sebagai sasaran bunuh oleh mereka. Dan semenjak itu, tiada lagi gelaran Tun dan Daeng anak-cucu keturunan Daeng Perani di Kedah sehingga ke hari ini.
Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk gambarajah salasilah keturunan kami dari sebelah Ayahanda aku yang bernasab sehingga Tun Daeng Arif:
NOTA: Klik untuk besarkan gambar carta salasilah.
Al Fatihah buat semua Nenda-Nenda yang terdahulu dan buat semua ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah yang telah pergi mendahului kami-kami.. Bila sampai waktu nanti, kita akan bersama kembali.. Inshaallah Taala.
Leave CommentsBanjir Besar Kuala Lumpur 2012: Berhijrahlah..!
Assalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarokatuh.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Sesungguhnya kalian telah diberitakan dan diberi amaran tentang banjir besar yang bakal melanda Kuala Lumpur di merata-rata sumber dari lisan mulut dan juga internet. Cuba semak kembali gambaran grafik yang aku pernah post dan tulis di dalam blog kecil ini pada posting yang terdahulu yang bertarikh Februari 6, 2012 di bawah tajuk ‘Semakin Hampir Dengan Urusan Itu…‘ Kalau dikirakan, apa yang aku tulis itu sudah agak terlewat juga sedang guru ku sendiri sekitar tahun ’70an lagi telah diberitahu ketika beliau berguru di Kuala Kangsar, “Bila datang waktu Presiden Amerika seorang dari keturunan kulit gelap, maka itulah tanda-tanda akan bermulanya penghujung dan penutup kepada segala sesuatu..” Nahh.. Masanya kini sudah tiba..
Ketahuilah.. Bahawasanya banjir yang berlaku pada 7hb Mac 2012 tempohari hanyalah bunga-bunga kecil sahaja.. Yang lebih besar bakal mendatang, Inshaallah Taala.. Kuasa Allah Taala melebihi segalanya.. Sedang hujan turun tanpa henti selama hanya 5 jam telah menjadikan tarikh 7hb Mac lalu sebagai satu tragedi pada ramai penduduk sekitar Kotaraya Kuala Lumpur.. Hanya 5 jam hujan tanpa henti mengakibatkan Smart Tunnel ditutup 3 hari selepas itu akibat air yang berlebihan dan tak mampu lagi menampung jumlah limpahan air.. Bayangkan kalau-kalau hujan masih turun keesokkan harinya, selepas Smart Tunnel ditutup apa yang bakal terjadi di Kuala Lumpur..?
Mari menyemak sejarah silam.. Kali terakhir Kuala Lumpur dilanda banjir besar ialah pada tahun 1971.. Hujan turun selama seminggu.. Kejap lebat dan kejap renyai dan bila sampai atas izin Allah Taala, maka banjir besar berlaku.. Mengikut catatan berita-berita lama dalam arkib, air di Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang seminggu untuk surut semula.. Dan dalam pada masa seminggu itu, pelbagai perkara buruk telah berlaku.. Catuan makanan dan bekalan air bersih, orang ramai terpaksa merompak jiran tetangga akibat keputusan bekalan makanan, kanak-kanak lemas, kehilangan nyawa dan harta benda serta beberapa perkara buruk yang tak mampu kita bayangkan lagi.. Dan apa khabar kita semua kalau-kalau urusan yang sama berulang kembali..
Pada tahun 1971, ketika banjir besar melanda Kuala Lumpur, yang sedang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan yang sedang duduk di Tahta Yang Di pertuan Agong pula ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.. Kini, dalam tahun 2012 anak kepada Tun Razak iaitu menerajui jawatan Perdana Menteri dan kitaran semula Raja-Raja Melayu menyaksikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki tahta Agong kali kedua.. Daulat Tuanku..! Semoga kali ini sabda Rasulullah SAW “As Sultan wal Zil’Lahu Fil’Alam..” menjadi kenyataan..
Tidak ada lagi peristiwa-peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 selepas-selepas ini.. Tidak ada lagi rusuhan antara kaum di Bumi Melayu ini.. Inshaallah Taala.. Apa yang tinggal hanyalah bila pemerintah Syria sekarang ini berjaya digulingkan dan Amerika serta Yahudi Israel laknatullah mula menyerang Iran, maka itulah yang tinggal.. Peperangan nuklear atau Nucklear Holocaust di antara Muslim di seluruh dunia dan kuffar laknatullah..! Dan kebangkitan itu, Inshaallah selepas banjir besar yang bakal menyusul di Kuala Lumpur akan datang.. Di bumi Melayu ini.. Pabila menjelmanya Pilihanraya ke-13 nanti.. Siap siagalah semua.. Mana-mana yang mengaku ‘top perang’, Panglima Perang dan sebagainya yang leher dan tangannya mereka dihiasi gelang-gelang perak bersaiz besar sehampir besarnya rantai basikal, yang kolar dan lengan bajunya mereka itu diangkat-angkat dan digulung ke atas.. Ini bukan lagi menjaga Ketuanan Melayu olok-olok yang kamu rencanakan.. Ini perjuangan kepada agama Allah Taala.. Maka buktikanlah ‘top perang’ kamu itu..
Banjir kecil-kecilan tempohari hanya bunga-bunga penyuluh kepada maksud yang lebih besar.. Perhatikan corak banjir yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Kuala Lumpur tempohari.. Hampir semuanya berlaku di kawasan yang berpenduduk lebih 70% orang Melayu.. Bukan kawasan Cina, bukan kawasan India.. Tapi kawasan Melayu.. Kampung Melayu.. Itu sebagai petanda bagi kamu-kamu bersedia bersiap siaga untuk berhijrah keluar.. Tinggalkanlah kota ini.. Kerana ini bukan lagi tempat kita mencari rezeki.. Suatu hari nanti.. Panji-panji hitam di ufuk Timur kini menanti..
Ini bukanlah penulisan untuk menakut-nakutkan kalian.. Belum berlakunya kiamat dunia itu selagi belum hadirnya Al Mahdi.. Tapi ujian berbentuk bencana alam dan sebagainya dari Allah Taala buat ummat manusia..? Seperti sabda Rasulullah SAW, sepertiga penduduk bumi akan hilang nanti akibat wabak.. Sepertiga lagi akan hilang akibat bencana alam.. Yang tinggal 2 kumpulan sepertiga baki itulah yang berperang.. Islam dan kuffar.. Maka bersediakah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. Jangan percaya pada kata-kata aku ini, tapi berdoalah pada Allah Taala mohon petunjuk dan perlindungan dariNya.. Inshaallah Taala kalian dibukakan hijabnya nanti.. Bersedialah untuk berhijrah.. Bersedialah untuk berhijrah.. Bersedialah untuk berhijrah..
Allahumasoli’ala Muhammad. Wa’ala Alihi Muhammad..

Jalan Yap Kwan Seng

Pavilion Bukit Bintang

Menara UOA, Jalan Pinang

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Kampung Lembah Jaya Utara

Kampung Melayu Ampang

Kampung Baru

Jalan Tunku Abdul Rahman

Hulu Langat

Jalan Bukit Bintang

Ampang

Dataran Merdeka

Banjir Besar Kuala Lumpur 1971

