Sunnah Memanah Baginda Rasulullah SAW
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Alhamdulillah.. Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun aku mula memanah sejak artikel pertama mengenai Memanah Tradisional yang aku tulis di blog ini tahun 2011 dahulu. Untuk menjadi seorang pemanah yang baik, perlukan latihan setiap hari. Kepada mana-mana individu yang ingin menajamkan panahannya, mereka perlu melakukan laithan memanah sekurang-kurangnya 100 anak panah setiap hari. Antara kata-kata perangsang yang dititipkan kepada aku berbunyi begini; “Sehari tidak memanah, Tuhan akan tahu.. Dua hari tidak memanah, empunya diri sendiri akan tahu.. Tiga hari tidak memanah, sahabat-sahabat lain akan tahu..” Begitulah simboliknya kepada memanah ini yang memerlukan disiplin tinggi dan istiqo’mah berterusan shinggakan bila kita tidak memanah lagi, maka skill yang ada selama ini akan hilang begitu sahaja..
Perkara ini seperti yang dianjurkan Nabi SAW dalam riwayat Baginda yang berbunyi;
Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: “Aku adalah seorang pemanah.” Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
“Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.”
Dari Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:
مَرَّ النبيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُوْنَ فَقالَ: اِرْمُوا بَنِي إِسْماعِيْلَ فَإنَّ أَباكُمْ كَانَ رَامِياً
“Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang berlomba memanah. Lalu beliau bersabda, “Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail, karena sungguh ayah kalian adalah seorang pemanah.”
(HR. Al-Bukhari no. 2899)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
(HR. Muslim no. 1917)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا أَوْ فَقَدْ عَصَى
“Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.”
(HR. Muslim no. 1919)
Penjelasan ringkas:
Agama Islam adalah agama yang kuat dan agama yang memerintahkan untuk senantiasa mempersiapkan kekuatan dan menempuh semua wasilah dalam mengumpulkan kekuatan. Dan di antara bentuk persiapan kekuatan yang diperintahkan dalam Islam adalah memanah dan menembak. Baginda Nabi SAW mendorong para sahabat dan umatnya agar bersemangat dan berlumba dalam mempelajarinya karena kemampuan memanah dan menembak ini sangat diperlukan dalam jihad di jalan Allah dan dalam membela kaum muslimin. Dan dari sisi yang lain, Baginda Nabi SAW juga mencela dengan sangat orang yang mengetahui cara memanah yang baik lalu dia meninggalkannya tanpa uzur yang dibenarkan oleh syariat.

“Melayu – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Al fatehah..
Dedikasi kepada sekian pejuang.. Ahli Allah, ahli syahid, insan yang terinaya dan diinayai, sekian ibu-ibu (perwisa yang senyap) dulu sekarang dan akan datang..
Buat mu Habibullah Ya Rasulullah.. Salallahualaihi Wassalam.
“MELAYU – Tanah Jawi Itu Di Sini”
Dulu..
Di sini..
Di sini ini..
Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita
Tinggi Beruas turun ke lembah
Hulu semenanjung sampai ke Manjung
Gangga Negara nama ditanda
Menjulang tinggi adaban dunia..
Dulu..
Di sana..
Di sana itu..
Ditulis surat
Persuratan tua buat umat
Tamra ditanda batu bersurat
Tinggal sepi dalam negeri Megat..
Di Kuala Berang terpecah urat..
Sayup terdengar jeritan kelam..
Ini negeri Megat Panji Alam..!
Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay’tul Rasul..!
Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..
Di sini.. Dalam akhir zaman..
Ini..
Maka tersurat…
Apa yang tersirat…
“Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..
Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam.
“DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!”
Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..
DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!
Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;
Tuhan..
Tuhan..
Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..!
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..
Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua..”
“KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN..”
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Dulu..
Di atas..
Di atas sana..
Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..
Kalha.. Kataha..
Nama tercipta Negeri Kedah Tua
Sheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..
Berjanji teguh adinda kekanda..
Gunung Jerai ke Langkasuka..
Dulu..
Di bawah..
Dan di seberang sana..
Berteguh janji bapa saudara
Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya,
Adil saksama ganjaran di beri
Memberi malu tidak sekali”
Hikayat berlalu pecah gelora
Parameswara jadi Maharaja
Jadi lambang daulat negara
Kekallah Melaka jadi seadanya..
Dulu..
Di bawah sana..
Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka Raja
Tun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenaga
Lekir di hilir, Lekiu di hulu
Jebat-Kasturi tinggi berdiri..
Hilang..
Hilang terus perjanjian tua..
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?”
Dulu..
Di sana..
Tiba giliran Paduka Sultan beraja
Sultan Mahmud Shah jadi ingatan
Benggali Putih buat belasahan..
Terbakarlah Melaka zaman berzaman..
Undur Sultan ke serata peri..
Tinggal sekeping hati dan alatan negeri
Kampar benteng harapan buat baginda merajai
Kekal tak kembali ke Melaka lagi..
Dulu..
Di tanah ini..
Raja Muzzaffar dijemput pergi..
Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi
Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..
Sambil diiring Paduka seberang..
Daulat raja di ranah Minang
Megat Terawis hulubalang terbilang..
Dulu..
Di bumi ini..
Datang pula dugaan Tuhan
Buat menguji hati sang raja
Supaya ingat akan asal dan jasa
Usul dititah untuk dijaga..
Lantas..
Dia berbisik..
Berbisik dari hati yang suci murni
Buat jadi benteng diri
Dari ‘penghuni’ segenap negeri..
“Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka..”
Hari ini..
Kini di sini..
Apa yang tinggal hanya kita-kita..
Menggalas tanggungan beban derita..
Bukan hanya sekadar cerita..
Buat mainan dikala hiba..
Atau buat mengulit si kecil lena..
Hari ini..
Di bumi ini..
Yang tinggal hanyalah aku dan kamu
Setelah cukup zaman itu
Kini bermula zaman yang baru
Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..
Aku dan kamu
Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama
bangsa tanahair
Tanah tumpah nya darahku
Tanah yang sekangkang kera ini..
Inilah tanah kita..
Ini Tanah para Syed dan Syarifah..
Ini tanah Raja-Raja
Ini tanah Megat-Megat
Ini tanah Daeng-Karaeng
Ini tanah Meor-Meor
Ini tanah Wan-Wan
Ini tanah Nik-Nik
Ini tanah kita semua..
Ini tanah Ahlul Bay’t..!
… Tanah ini ‘Tanah Melayu’..!
Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan bangsa
Para pertapa ke Batu Belah
Ke Ulu Perak ke Pulau Besar
Untuk bertauliah dan berijazah
Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi
Dengan para auliah dan para santabi
Aku dan kamu
Rajawali mahupun Jentayu
Mengembang sayap di angin lalu
Dengan seruan jihad bertalu-talu..
Telah berlalu 500 tahun itu..
1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..
Di sini kekita menanti
Dalam hati-hati manusia itu diam sendiri
Tentu ada yang tak takut mati..
Maka akan bangkit..
Inshaallah Taala akan bangkit nanti..
Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..
Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..
Agama Tauhid akan kembali berdiri..
Dari sini..
Dari sebelah sini..
Hari ini..
Antara Habil dan Qabil
Antara Jalut dan Talut
Antara Harut dan Marut
Antara Hassan dan Hussin
Antara Lekir dan Lekiu
Antara Osama dan Obama..
Ada sesuatu..
Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..
Patah tongkat berjeremang..
Habis Hulubalang bersiak..!
Bukan balang-balang Hulubalang,
Hulubalang terbilang jitu..
Bukan barang-barang Penjurit,
Penjurit Kepetangan jua yang tahu..
… Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku..!
Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh
Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013
HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)
* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Allahyarham Dato’ Megat Mohd Nordin.
Death Becomes Her – This Is The End (How Beautiful You Are)
It’s been a while since I do my video editing job. This is my latest music video I did for my late 90s band, Death Becomes Her or better known as DBH. The music was recorded somewhere back in 2003 by me and the band at Future Sound Studios, Kuala Lumpur and was written way back in the year 1998 by Fazrin, Firdaus, Pitt Idris and my self. Death Becomes Her was my late ’90s band that never saw any releases from us except a few compilations from various record labels. The supposed-to-be-release EP entitled ‘A Killer In The Eye’ was buried with the band after we all decided to go on our own way and ended the band in 2003.
Later in October 2012, I’ve put my own effort to release this second music video for Death Becomes Her for everyone viewing and listening pleasure.. Free of charge. Feel free to check out our another music video by clicking here from the band, DBH.
Enjoy the sitar, strings works and melody in this instrumental musical journey..!
Leave CommentsSeni Ikatan Tanjak atau Destar Melayu
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Baru-baru ini ada seorang sahabat tanya pada aku, “Tak ada sesiapa ke yang sudi buatkan satu kelas untuk mengajar cara-cara mengikat tanjak Melayu ni? Kalau tak ada yang sudi mengajar, macam mana budaya warisan Melayu ni nak dipelihara dan macam mana anak-cucu nak kenal budaya bangsa..?”
Aku hanya mampu tersenyum sambil perhatikan sahabat tu. Betul apa yang dikatakannya tu. Lalu aku pun menjawab, “Di Malaysia sekarang ni hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi orang yang masih tahu mengikat tanjak Melayu. Kebanyakkannya dari mereka-mereka ini semuanya dah separuh abad umurnya. Dah tua. Mana mampu lagi nak buat kelas mengajar. Yang masih muda-muda yang aku tahu adalah dua-tiga orang. Seorang namanya Muhammad Yatim Mustaffa, di Kedah, seorang lagi yang aku kenal ada di Wisma Yakin, Kuala Lumpur yang mampu membuat pelbagai jenis ikatan tanjak atau destar Melayu.. Mereka-mereka ini semuanya sibuk saban hari dengan kerjaya masing-masing. Sama juga macam aku, kesibukkan di pejabat menghalang aku untuk mengadakan kelas ikatan tanjak. Sedang nak turun gelanggang bersilat pun sekarang ni aku kena curi-curi masa.. Haha.” Balas aku sambil ketawa besar..
Tapi inilah realiti dan senario yang dapat kita lihat hari ini. Ramai sebenarnya pembuat tanjak di Malaysia ni, tapi rata-ratanya ramai yang hanya kenal dan tahu cara melipat ‘Dendam Tak Sudah’ sahaja kerana itu sahajalah ikatan tanjak yang popular di kalangan raja sehari. Jadi Mak Andam dan Pak Andam pun dah malas nak ambil tahu jenis-jenis lipatan dan ikatan yang lain. Sayang seribu kali sayang.. Tapi apa daya kita?
Setelah beberapa minggu aku mencari di internet kalau-kalau ada di tunjukkan cara mengikat atau membuat tanjak (gambar atau video) aku hanya menemui dua sahaja. Satu video ‘Tanjak Making In Pekan‘ yang menunjukkan cara pembuatan ‘Lang Menyusur Angin’ dan satu lagi berjudul ‘Tengkolok’ (yang ternyata salah teknik yang dibuat oleh anak muda tersebut). Di sebabkan atas kesibukkan aku juga, aku sendiri gagal mengadakan kelas-kelas lipatan dan ikatan tanjak Melayu. Tapi apa yang termampu aku lakukan hanyalah dengan menghasilkan rakaman video ini yang Inshaallah boleh menunjukkan cara yang mudah difahami oleh orang ramai mengenai cara sebenar mengikat tanjak atau destar atau tengkolok..
Semoga dengan cara mudah ini, kita dapat berusaha bersama untuk melestarikan dan memelihara warisan budaya bangsa Melayu ini. Sebar-sebarkan lah video ini agar menjadi kegunaan buat semua. Amin dan Inshaallah!
Leave CommentsForgive Me by DIGI Dear Malaysians
To everyone that I’ve hurt before, please forgive me.. I sincerely apologize for all the wrongs I’ve done.. I am useless without your forgiveness.. Check out DIGI programs for Dear Malaysians.
Leave CommentsNur Aisya Imani Now Two Years Old
My baby girl, Nur Aisya Imani turn 2 years old on August 21st, 2011. We had a small family gathering over her birthday bash.. How I wish I can tell her to slow down, don’t grow up that fast. I still want her as my baby.. My dearest baby girl!
Footage recorded solely on Nikon D90 with 50mm F1.8 prime. Edited in Final Cut Pro X.
Leave Comments