Pages Navigation Menu

Sunni vs Shia = Wahhabi and Israel Wins

Pertama sekali aku ingin menegaskan bahawa penulisan ini dihasilkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana aku memikirkan perihal pentingnya penyatuan Ummah di akhir zaman kini di sini. Penulisan dalam bahasa Inggeris dibuat dengan harapan bagi meyampaikan mesej ini secara lebih luas kepada pembaca yang bukan dari bahagian Nusantara ini. Yakni buat pembaca di seluruh dunia secara amnya. Inshaallah Taala.. Untuk bahasa Melayu, teruskan membaca dan untuk bahasa Inggeris, sila skrol ke bawah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

First of all I’d like to mention that this article has been written in two languages which is Malay and English because I personally think the importance of the unity in Ummah coming towards the end nowadays. The English version of the article is to cater the message towards a much more wider audiences who doesn’t speak the mother-tongue of the Malay Archipelago. The English version is for the rest of the world. Inshaallah Taala.. For Malay readers, please continue to read and for English article, please scroll down.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat serta salam pada Nabi junjungan Rasulullah SAW serta para Ahlul Bay’t Baginda..
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

Telah ramai dan seringkali aku diajukan soalan; “Kau ni Syiah ke Farul?” dan jawaban aku tetap mudah; “Aku orang Islam”. Kemudian aku senyum. Atas dasar apa perlu ada perbedaan Syiah dan Sunni? Aku merujuk kepada ayat Al Quran yang berbunyi;

“Sesungguhnya orang yg memfirqahkan (memecah-mecahkan) agamanya dan mereka (berpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu (Muhammad) terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kpd Allah SWT, kemudian (di hari akhirat) Allah SWT akan memberitahu mereka dgn apa-apa yg mereka kerjakan (atau perbuat semasa di dunia).”
Surah Al An’am: 159

Dalam meniti dunia akhir zaman ini kita Umat Islam sering kali dipecah-belahkan oleh mainan minda dan agenda propaganda Zionis dan sekutu mereka dari kumpulan Iluminati / Freemason mengenai fahaman dan pegangan kita sebagai Umat Islam. Apa yang menjadi ketakutan para kafir ini adalah penyatuan ummah dan di atas sebab-sebab kelemahan kita, maka kita telahpun terpedaya dan kini telah pun berpecah belah.. Seperti sabda Baginda Nabi SAW; “Ummat ku di akhir zaman itu ramai dan banyak. Akan tetapi mereka-mereka itu hanya seperti buih di lautan yang akan berpecah dan hilang bila dihempas ombak..” Begitulah lemahnya kita hari ini..

Bila kita panjangkan lagi debat diantara Sunni dan Syiah, maka tidak akan ada penghujungnya atau kesudahan kerana masing-masing mempunyai referensi sendiri yang paling kuat dan benar. Kalau pun kebenaran itu menimbulkan permusuhan sesama Islam, apakah keindahannya ada di situ? Tentu tidak.. Hasil yang kita dapat hanyalah perpecahan..! Sedang Nabi SAW sendiri pernah bersabda; “Perbedaan pendapat di kalangan ummat ku adalah satu rahmat buat semua..” Tujuan kata-kata Baginda itu adalah supaya kita ini semua meraikan perbedaan pendapat, bukan berselisih. Apatah lagi untuk kita mengkafirkan sesama manusia sendiri seperti yang sering dilakukan oleh puak-puak Wahhabi sekarang.. Masha Allah!

Sebagaimana Sunni yang memperkenalkan mazhab, dalam Syiah juga mempunyai banyak aliran mazhab.. Menurut  Ulama’ Arab, Prof Dr Wahbah Zuhaily, antara Syiah dan Sunni tidak ada perbedaan yang besar khususnya pada Syiah Immamiyah yang komunitinya banyak di Iran dan juga sekitar Nusantara (Malaysia, Indonesia, Thailand & Brunei). Bahkan Mazhab Syiah Immamiyah ini lebih dekat dengan Mahzab Sya’fie dan hanya memiliki perbedaan dalam 17 perkara feqah. Sementara Syiah Zaidiah dan Ja’fariah, menurut beliau, adalah Syiah yang paling dekat dengan Sunni. Bahkan penganut Sunni menggunakan beberapa buku rujukan dari Syiah Zaidiyah seperti buku feqah karangan Imam Shonani, dan Kitab ‘Subulussalam’. Pertemuan OIC  pada tahun 2006 yang dihadiri oleh Ulama’ Syiah dan Sunni telah mengeluarkan deklarasi Mekah (2006) yang antara inti-patinya menyebut bahawa perbedaan Sunni-Syiah merupakan perbedaan kecil, sama seperti perbedaan mazhab-mazhab dalam konteks feqah Islam.. Konfrens OIC yang diadakan di Doha, Qatar tahun berikutnya juga mengeluarkan pernyataan bersama bahawa peri-pentingnya dialog antara Syiah-Sunni dilakukan dalam bahasa perdamaian dan kasih sayang.. Bukannya menyalahkan sesama sendiri..

Hakikat pertikaian antara Syiah dan Sunni sebenarnya hanyalah berkisarkan tentang perkara-perkara asas feqah. Tidak ada isu-isu besar selain dari yang sengaja dibesar-besarkan pihak-pihak tertentu bagi memecah-belahkan perpaduan ummah. Antara yang selalu menjadi perdebatan antara pengikut Syiah dan Sunni ialah soal solat seperti melipat tangan dalam solat (Qiam). Di dalam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, 3 dari pada 4 Mazhab melakukan perbuatan melipat tangan di dalam solat iaitu seperti berikut:

  • Mazhab Sya’ fie: Tidak kira samada lelaki atau wanita, harus meletakkan tangan di atas pusat tetapi di bawah dada.
  • Mazhab Hanafi: Bagi lelaki, tangan kanan harus diletakkan di atas tangan kiri, serta kedudukannya di bawah pusat, manakala di dada bagi wanita.
  • Mazhab Hambali: Lelaki dan wanita meletakkan tangan di bawah pusat.

Kecuali bagi Mazhab Maliki yang berpendapat seperti yang demikian;

“Mengikut Imam Malik, solat perlu dilakukan dengan tangan terbuka, malah menyifatkan tindakan melipat tangan ketika solat sebagai makruh.”
- Sharh e Muslim, Jilid 1, muka surat 590, oleh Allama Ghulam Rasool Sa’eedi, Cetakan Lahore.

Jadi jika para pembaca yang budiman melakukan kajian ke atas biografi ke tiga-tiga Imam Mazhab ini, kesemua mereka dilahirkan jauh dari Madinah, kampung halaman dan tempat tinggal Rasulullah SAW. Manakala Imam Malik bin Anas (Imam Mazhab Maliki) pula dilahirkan di Madinah, malah beliau merupakan antara Imam Mazhab yang terawal dilahirkan iaitu pada tahun 93 Hijrah, masih tidak jauh dari tempoh keRasulan Baginda Rasulullah SAW, ianya juga masih lagi dalam era pemerintahan para Sahabat dan masih belum banyak bida’ah muncul. Islam masih segar di zaman beliau. Beliau membesar dalam keadaan melihat para penduduk dan sarjana Madinah bersolat dalam keadaan tangan terbuka, maka dengan itu, beliau juga menganjurkan perkara yang serupa dilakukan dan yang ini jugalah menjadi ikutan dan amalan bagi pegikut Syiah di seluruh dunia..

Lebihnya bagi golongan Syiah pula, mereka merujuk dari kalangan Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW sebagai Imam dan pemimpin mereka kerana berpegang kepada wasiat Rasulullah SAW ketika melakukan Haji Wada’ iaitu:

“Aku tinggalkan buat kalian dua urusan dan selagi kalian berpegang kepda dua urusan ini, tidak akan sesat selamanya. Yang pertama Kitabullah dan Sunnah keRasulan Ku.. Kedua Itrah Ahlul Bay’t ku sebagai tali antara langit dan bumi..”

Buat pembaca budiman yang dimuliakan Allah SWT, perlu diingatkan bahawasanya mengikut mana-mana Imam sekalipun dari Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ada hari ini bahawa perbuatan melipat tangan di dalam solat hukumnya adalah Sunat dan bukannya wajib.

Perbedaan ini adalah perbedaan feqah yang tak perlu dipanjangkan melalui perdebatan dan kebencian sesama sendiri. Cukup jika diadakan musyawarah-musyawarah antara Ulama’ keduanya iaitu Sunni dan Syiah. Kekeliruan ini bukanlah perkara yang baru, malah telah bermula di zaman para sahabat lagi, diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 56, Nombor 664, Saidatina Aisyah Ummul Mukminin berkata:

“Beliau pernah membenci apabila seseorang bersolat dengan tangan berlipat ketika bersolat. Ini kerana orang Yahudi juga berbuat begitu.” – Rujukkan klik di sini.

Oleh itu hentikanlah pertikaian antara Syiah-Sunni..! Tak ada untungnya bagi kita orang Islam.. Yang beruntung hanya musuh-musuh Allah yang jelas dan nyata..! Rujuk semula sejarah, ketika perang Mesir-Israel tahun 1967 berkecamuk, Anwar Sadat berjaya meyakinkan pemimpin Islam diseluruh Timur Tengah (negara-negara Arab) untuk bersatu dengan menghentikan eksport minyak ke Amerika Syarikat dan hasilnya ekonomi AS hampir lumpuh pada waktu itu. Ingat juga ketika bersatunya Syiah dan Sunni di Iraq selepas kejatuhan Presiden Sadam Hussein dan berjaya memaksa AS keluar dari Iraq. Begitu juga bersatunya Syiah dan Sunni di Mesir dalam menjatuhkan rejim Husni Mubarak sehingga berjaya menaikkan golongan ulama’ dari Ikatan Ukhwanul Muslimin dalam tampuk pemerintahan di Mesir sekarang.

Penyatuan umat sebenarnya bukanlah masalah bagi bangsa Arab dan bukan-Arab tapi kerana mentaliti umat kini yang telah luntur dan lemah sehingga mengakibatkan padamnya api Khilafah Islam Uthmaniyah yang berdiri selama beratus-ratus tahun yang akhirnya jatuh tersungkur pada tahun 1929 masehi akibat imperialis barat.. Itulah kelemahan kita hari ini yang perlu kita sama-sama perbaiki agar bersatunya kembali Ummat Muhammad SAW menuju akhir zaman kini di sini..!

Rujuk di sini untuk membuat perbandingan antara Sunni – Syiah – Sufi – Wahhabi.

Bahaya Wahhabi

Wahhabi merupakan satu mazhab atau pegangan baru bagi ummat manusia di seluruh dunia. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk aku memburukkan apatah lagi mengkafirkan golongan Wahhabi ini. Kerana ini adalah kerja-kerja Tuhan Yang Maha Esa untuk menentukan siapa di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, bukan tugas aku atau sesiapa pun dari kalangan kamu untuk menentukan perihal yang itu. Tetapi atas dasar kasih dan sayangnya aku pada sahabat sekalian, maka aku nukilkan penulisan ini supaya kamu-kamu boleh berfikir mengenai Wahhabi..

“Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij (Wahhabi) yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Ummat dan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan Ummat dan bangsa Melayu atas perbuatan dalam amalan agama.. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya telah ditolak oleh kumpulan Ulama’ Ahli Sunnah wal Jama`ah..!

Tuan-tuan bangsa Melayu dan Ummat Islam jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluarkan hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Sya’fie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan Umat dan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa dan agama sendiri..

Siapa dari kalangan mereka ini (Wahhabi) yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia..!”

- Sheikh Abdullah Fahim
Petikkan kata-kata beliau dari buku ‘Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (Jilid 2)’ yang diselenggarakan oleh Ismail Che’Daud terbitan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Kalau Tuan-Tuan menilai dari amaran yang ditulis oleh Sheikh Abdullah Fahim, salah seorang Ulama’ yang tersohor di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan Malaysia dalam petikkan diatas, amaran tersebut berbunyi agak keras sekali sehingga kita dianjurkan supaya ‘membunuh’ terus golongan Wahhabi ini. Kenapa kita dianjurkan sehingga untuk membunuh golongan ini..? Ini adalah kerana Ulama’ sebagai tempat rujukkan kita selepas Kitabullah, nyata lebih berilmu dan berpengetahuan berbanding kita ini dan mereka ini lebih mengenali dan faham akan agenda tersembunyi golongan ini. Golongan seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam (Sunni dan Syiah) sendiri yang mereka hukum kafir melalui takfir dari dalil-dalil serta hujah Ulama’ mereka yang jelas terkeluar dan ditolak bulat-bulat oleh Ulama’Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ulama’ Syiah.

Fahaman Wahhabi ini telah diasaskan oleh Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (1703-1792) di Arab Saudi sekitar tahun 1740. Akibat pandangan beliau dalam konteks beragama dilihat sebagai ekstrimis dan menolak Sahabat serta Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW, beliau telah dibuang negeri dari ‘Uyayna oleh Sulaiman ibn Muhammad ibn Ghurayr dari Bani Khalid (pemerintah Al-Hasa  dan Qatif), yang telah mengarahkan Uthman ibn Mu’ammar (pemerintah ‘Uyayna) untuk menghalau Muhammad Ibn Abdul al Wahhab keluar dari ‘Uyayna.

Mengikut catitan oleh Ibn Humaydi (Mufti tersohor Mazhab Hambali), Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (yang pernah menuntut dengan beliau di Mekah) digambarkan sebagai seorang pelajar yang lemah, sombong dan bongkak serta kuat melawan sehingga mengecewakan bapa kandungnya sendiri. Sikap beliau yang demikian dikatakan akhirnya mengakibatkan beliau dibuang sekolah. Kemudiannya beliau telah kembara pula ke Basra dan Baghdad di Iraq pula bagi melanjutkan pengajian ilmu-ilmu agama, dan di sinilah dikatakan bahawa Muhammad Ibn Abdul Wahhab telah bertemu dengan agen perisik dari British yang bernama Hempher dan telah diajarkan ‘seni dan kaedah penipuan yang didapatinya dari Kementerian Komonwealth Britain’.

Selepas dibuang negeri dari ‘Uyayna, Muhammad Ibn Al Wahhab telah mendapat perlindungan dan pertolongan dari pemimpin Diriyah pada waktu itu iaitu Muhammad Ibn Saud (salah seorang kerabat Diraja Saudi). Maka di sini termetrailah perjanjian bai’ah antara mereka berdua yang menjerumuskan seluruh Arab Saudi berjaya di Wahhabikan oleh mereka-mereka turun temurun sehingga kini.. Dan kini, fahaman mereka tersebar ke seluruh dunia..!

Untuk lebih lanjut sejarah dan asal usul Wahhabi serta Muhammad Ibn Abd Wahhab, sila rujuk di sini dan di sini.

Mereka ini menolak amalan-amalan yang kita amalkan mengikut Mazhab anutan kita seperti membaca doa sunat Qunut dalam Solat Subuh, berwirid selepas bersolat, membaca Surah Yassin, menziarahi kubur dan pusara dengan mengatakan perkara-perkara ini adalah bida’ah dan haram! Dan lebih buruk lagi, mereka ini mengatakan Maulid Nabi SAW adalah bida’ah dan haram kerana berpendapat bahawasanya Nabi SAW sendiri tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran Baginda sendiri.. Golongan Wahhabi secara terang-terangan menentang kasih sayang umat manusia kepada Baginda Rasulullah SAW yang mereka takrifkan sebagai ‘berlebih-lebihan’.. Masha Allah!

Tidak cukup dengan perkara-perkara yang aku sebutkan di atas, golongan Wahhabi ini juga telah memusnahkan tinggalan Baginda Rasullah SAW dan Ahlul Bay’t (Keluarga Rasulullah SAW) seperti rumah, masjid dan juga kubur-kubur serta makam-makam lama termasuk makam-makam para Imam dari kalangan Ahlul Bay’t Baginda Rasulullah SAW.. Masha Allah..! Rujuk di sini, di sini, di sini dan di sini.

Dengan jelas kini bahawa mereka ini adalah musuh Allah dan musuh Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya, juga musuh para sahabat Baginda. Bukti sudah di depan mata akan tetapi kita masih tidak nampak? Majlis Fatwa Kebangsaan pula takut untuk menfatwakan bahawasanya Wahhabi itu sesat kerana masih bimbang duit poket dunia tak mengalir masuk.. Fatwa terbaru yang dikeluarkan dari Ifta Mesir bahawa Wahhabi yang melakukan perkara yang aku sebutkan seperti diatas adalah ‘Kilabun Nar’ dan ‘Khawarij’ (iaitu anjing-anjing neraka dan Wahhabi ini adalah puak Khawarij)..!

Hakikatnya, dunia hari ini telah dikuasai oleh Wahhabi! Ini adalah hakikat yang tak dapat kita tolak atau nafikan lagi. Pusat Wahhabi yang terbesar di dunia adalah Arab Saudi.. Dan kini dunia Islam bertumpu dan tertakluk dibawah pemerintahan Arab Saudi dan Pertubuhan Islam OIC pula duduk setara dengan Malaysia sebagai Ketu OIC. Malangnya negara-negara ini tidak bersekutu untuk memerangi musuh Islam yang jelas dan nyata iaitu Israel dan sekutu mereka. Malahan Arab Saudi dan Malaysia juga negara-negara Islam yang lain dengan keterbukaan pula mengadakan hubungan diplomasi dengan Amerika Syarikat dengan menjual sumber-sumber bumi seperti minyak dan sebagainya untuk kegunaan mereka DAN dunia semua sedia maklum bahawasanya Amerika Syarikat adalah sekutu kuat Israel..! Jadi di manakah negara-negara Islam yang menjadi musuh dan ketakutan bagi Amerika Syarikat dan Israel..?? Hampir tidak ada bukan..? Jawabannya hanya 3 negara sahaja yang tinggal iaitu Iran, Syria dan Lebanon.. Dan ketiga-tiga negara adalah pengamal Syiah terbesar di dunia.. Pengamal Syiah yang dilabelkan sesat dan kafir oleh golongan Wahhabi rupa-rupanya adalah musuh terbesar dan paling ditakuti Amerika Syarikat dan Israel..!! Jadi di mana suara dari golongan Wahhabi ini dalam isu ini..? Di mana..?

Saat ini, bila jatuhnya Syria nanti yang direncanakan konon-kononnya ‘kebangkitan rakyat’, maka Kafir Laknatullah Amerika Syarikat dan Israel ini akan mula untuk melemahkan Lebanon pula dan akhirnya menyerang Iran dan akan meletuslah Perang Dunia Ke-3 yang kemudiannya akan membawa kita kepada Perang Armageddon yang dinanti-nanti kini iaitu Perang Akhir Zaman..

Bersatulah Sunni dan Syiah.. Musuh-musuh kamu bukan dari kalangan kamu tapi yang nyata dan jelas di depan mata kamu kini di sini..!

Bersatulah..!!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Selawat with salam for Rasulullah SAW with His Ahlul Bay’t of Prophet PBUH.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

I have been asked so many time with a question; “Are you a Shia Farul?” and my answer was always as simple as; “I’m a Muslim”. And I smile. On what reason there should be a differences between Sunni and Shia? I love to quote one phrase from Al Quran which said;

“Surely those who divide the religion into sects and identify themselves as a sect, O Muhammad,you have nothing to do with them. Their case will be called to account by Allah Himself, He will inform them as to what they did.”
Al An’am: 159

In the world we live today towards the end, we (all Muslims) has been easily divided and separated by the Zionist and their Illuminati / Freemason propaganda, agenda and mind-game about our stand and belief as a Muslims. One thing that has been most worried, scares and nightmares to those kaffir is our unity. We stand as one and united, and because of our weaknesses we are now has already being divided and separated into groups.. Like what Prophet Muhammad PBUH used to said; “My ummat (Muslims) towards the end will be so many of them. but they’re like bubbles in the ocean. They will be spread and gone once hit by the waves..” That is how weak we are today..

There will be no ending if we prolong the debate between Sunni and Shia because each of them has their strong reference and which they believe as the most truthful. Would there be the beauty in it if the spoken truth may sparks hatred between Muslims? Definitely not.. What we gonna had next is disaster and divided into pieces. Even Prophet Muhammad PBUH once spoken; “The differences of idealogy between my Ummah is a blessed for all..” The reason behind it is for us to celebrate the differences and not to debate. Even not to mentioned that we shouldn’t acknowledge anyone as kaffir like what the current Wahhabi people are doing.. Masha Allah!

Just like the Sunni people who introduced ‘Mazhab’ among their Imams, same goes with Shia as well who have their own Mazhab and belief.. According to one of Arab Ulama’, Prof Dr Wahbah Zuhaily, the differences between Shia and Sunni was not that much especially Shia Immamiyah which has a strong community in Iran and around the Malay Archipelago (Malaysia, Indonesia, Thailand & Brunei). In Fact the Shia Immamiyah Mazhab is much closer to Sya’fie Mazhab from Sunni group which only have a merely 17 differences in fiqh issues. Meanwhile the Shia Zaidiah and Ja’fariah, according to him is one of the Shia Mazhab that is much closer to Sunni’s Mazhab. Even the Sunni’s has used a few of Shia Zaidiah book as their reference such as the book of fiqh written by Imam Shonani, and the book of ‘Subulussalam’. During the OIC conference in the year 2006 which was attend by the Ulama’ from both side of Shia and Sunni, they have both agreed to come up with ‘The Declaration of Mecca’ which among the details was pointed to that the differences of Sunni-Shia was just a small clashes just like the differences between Mazhab in Islamic fiqh.. The following conference which was held in Doha, Qatar has also agreed that the importance of a dialog between Shia and Sunni being held in a harmony and prosperous way.. Instead of blaming and arguing with each other..

The truth is, the never ending debate between Shia and Sunni was just about the basic of fiqh issues. There was never a big issues except a few one that was brought big by some parties who has their own hidden agenda to destroy the unity of Ummah. Among of the topics that has been prolong in the debate between Shia and Sunni was the solat (praying) issue like having both hands folded in between Qiam. In the Sunni Mazhab, 3 out of 4 Mazhab did fold both hands during praying which is:

  • Imam Sya’fie Mazhab: No matter for men or women, they have to fold their hands above their belly-button but bellow the chest.
  • Imam Hanaf Mazhab: For men, the right hand should be place upon the left hand and the placing should be bellow the belly-button and on the chest for women.
  • Imam Hanbal Mazhab: Both men and women to place their hands under the belly-button.

Except for Imam Malik Mazhab which have their own believe as below;

“According to Imam Malik, solat should be done with open and straight hands, and even said that if the person who pray did folded their hands as ‘makhruh’.”
- Sharh e Muslim, First Edition, Page number 590, by Allama Ghulam Rasool Sa’eedi, Lahore printed.

If the reader may read the historical biografi facts, three of the Imams was born far from Medina, which is the home land for Prophet Muhammad PBUH. But for Imam Malik Bin Anas (the Imam for Maliki Mazhab), he was born in Medina and in fact he was the first batch of Imams who was born in the year of 93 Hijri, and that was still not far from the era of Sahabat and before a lot of bida’ah appears in the community. Islam was still fresh during his time. He grew up by watching all the Islamic scholars and community of Medina do their prays with open hands, and because of that he ordered all of his followers to do the same and this is exactly what all the Shia followers is been doing throughout the whole world..

The main difference with Shia followers, they refer to Ahlul Bay’t as their Imams and leaders. This is because they’re holding tight to the words the the Prophet Mumammad used to said during he Wida’ Hajj:

“I’ve given to all of you only two things which if you’re holding tight to it, you will not be lost forever. First the Holy Quran and my Sunnah as a Prophet.. Second, the Itrah of my Ahlul Bay’t as your guide to/ from heaven and earth..”

I have to remind to all the readers that the action of folding a hands during praying was only a sunnat, not wajib.

This differences is merely just a fiqh differences which is suppose not to be prolong because it may sparks hatred among Muslims. Let alone these issues be discussed by the Ulama’ in a musyawarah between Sunni and Shia. After all, this misinterpreted issues and differences was nothing new in a Muslim world, in fact it has started during the Sahabat’s era as written in of the hadith by Sahih Bukhari, 4th Edition, Book number 56, Hadith number 664, as narated by Saidatina Aisya Ummul Mukminin:

“That she used to hate that one should keep his hands on his flanks while praying. She said that the Jew used to do so.” – Click here for reference.

So please all stop the debate between Shia and Sunni..! There’s no good for us all Muslim.. The one who benefit upon this issues was just the enemy of Allah SWT which is now clear to all of us..! Please check back the history during the war between Eygypt and Israel in the year 1967, Eygyptian President, Anwar Sadat has convince all the Muslim leaders in the West Asian (Arab countries) to unite, boycott and stop exporting oil, gas and petroleum to the United States of America and the result was clear that the US economy was almost paralysed during that time. Please as well remember during the unity between Shia and Sunni in Iraq after the fall of Saddam Hussein, they has succeed to force the US military to flee out of Iraq. Even during the unity of Shia and Sunni in Eygypt they had succeed to take down the regime of Hosni Mubarak and succeed to build a new government stand by the line of Ulama’ from the group of Ikhwanul Muslimin.

The unity of Ummah was actually never a problem for Arabs and non-Arabs, but the mentality of current Ummah which has now weaken and has cause the fall of the Ottoman Empire which has been stand for hundreds of years before it finally end in 1929 because of the western imperialist.. That is our weakness today which we need to now repair so that we could stand back together and unite as one, as the Ummah of Prophet Muhammad PBUH towards the end of time now..!

Click here for references to differentiate between Sunni – Shia – Sufism – Wahhabi.

The Danger of Wahhabi

Wahhabi is the latest news of mazhab or idealogy for the Ummah throughout the whole world. The main reason on why I wrote this article was not to condemn or to say that the Wahhabi’s are all kaffir. That is God’s job to determine which of his servants are Muslim, have faith and who are not. It is not my job or any of us to determine that. But sincerely because of my love towards my friends, family and my Muslim brothers and sisters throughtout the world, I wrote this humble article so that you couldn’t think about the Wahhabi’s..

“So that you shouldn’t be divided among Malays. Now there’s a new mazhab in Malaya which is the mazhab of Kharijites / Khawarij (Wahhabi) which is the mazhab that was not from the 4 of Sunni’s. Their intention is to confused people’s mind and want to destroy the unity of Ummah and the Malays it self. They condemned most of Ummah and the Malays for what we had been doing in our religion. Their point of view is taken from the book of Hadyur-Rasul which is unclear and from the book of Hadyul-‘Ibad which is written by Ibnul Qayyim al-Khariji, and so that Ibnul Qayyim and all of his book has been rejected by all of the Ulama’ in Sunni..!

All of you Malays and Muslims please do not buy and fall into their trick and lies of that their laws and point of view was already rejected in the mazhab of Sha’fie and because of that may all of you stand still together and not be divided into groups..

Whoever from these people (Wahhabi) come and approach you and ask you to follow their leaders with an unclear intentions and the reason behind it is to divide you into groups, kill him immediately..!”

- Sheikh Abdullah Fahim
His quote from the book ‘Ulama’ Leadership of the Malaya (Second Edition)’ which has been compiled by Ismail Che’Daud and produced by Kelantan Islamic Council (MAIK).

If you read that above statement which is written by Sheikh Abdullah Fahim, as one of the leading Ulama’ in the Malaya before the independence of the country, why did he urge us all to ‘kill’ the Wahhabi’s..? This is because Ulama’ is our live reference after Al Quran, whom is more knowledgeable than us and much more wiser to see and to know any of the hidden agenda from these groups of people. These groups of people (The Wahhabi’s) are said that they made halal of all the Kaffir blood and even our own Muslim brothers and sisters blood (Sunni and Syiah) which they condemned as Kaffir by following their takfir from the speech and dalil from their Ulama’ which is clearly has been declined by the Ulama’ of Sunni and Shia.

The Wahhabi movement was founded by Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (1703-1792) in the Kingdom of Saudi Arabia during 1740-1744. Because of his conservative and extreme view in Islam and he declined all of the Sahabat and Ahlul Bay’t, he was then expelled from his home land, ‘Uyayna by Sulaiman ibn Muhammad ibn Ghurayr from the tribe of Khalid (ruler of Al-Hasa  dan Qatif), whom has ordered Uthman ibn Mu’ammar (ruler of  ‘Uyayna) to expelled Muhammad Ibn Abdul al Wahhab out from ‘Uyayna.

According to the written of Ibn Humaydi (one of the greatest Mufti in Hanbal Mazhab in Mecca), Muhammad Ibn Abdul al Wahhab (whom used to be one of this students) perceived Ibn Abd al Wahhab to be a poor student, and arrogant and defiant with his teachers, which upset his father. Consequently, Ibn Abd al-Wahhab did not complete his studies, but whether he was expelled or dropped out is unknown. Venturing first to Basra, he then went to Baghdad. According to Stephen Suleyman Schwartz, in his book “The Two Faces of Islam”, “some say that during this vagabondage Ibn Abdul Wahhab came into contact with certain Englishmen who encouraged him to personal ambition as well as to a critical attitude about Islam.” Specifically, Mir’at al Harramin, a Turkish work by Ayyub Sabri Pasha, written in 1888, states that in Basra, Abdul Wahhab had come into contact with a British spy by the name of Hempher, who “inspired in him the tricks and lies that he had learned from the British Ministry of the Commonwealth.

Upon his expulsion from ‘Uyayna, Ibn Abd al-Wahhab was invited to settle in neighboring Diriyah by its ruler Muhammad bin Saud (One of the Saudi Royalties family). Upon arriving in Diriyah, Muhammad bin Saud and Muhammad ibn Abd al-Wahhab concluded an agreement that, together, they would bring the Arabs of the peninsula back to the “true” principles of Islam as they saw it. And so it happen that the mutual agreement been made between both of them and has been passed over generations up until now.. And now, the Wahhabi’s has been spreaded all over the world widely..!

For more info and history of the Wahhabi and biography of Muhammad Ibn Abd Wahhab, please click here and here.

These groups of people denied our norm ritual in religion that we did by following our Mazhab such as reading a Qunut sunnat during morning pray, they denied of wirid and zikrullah reading after praying, they’re denied of reading Yassin, they’re against of people who visit graveyards and old mausoleum and pointed out loudly that these are all the act of bid’ah and haram! And even worse, they did even said that the celebration of Maulid Nabi was bid’ah and haram because the Prophet Muhammad PBUH himself was never celebrating his birthday throughout his life.. The Wahhabi people has clearly stated that they are against the celebration of Maulud by referring those people who celebrate as ‘too much love for Muhammad PBUH’.. Masha Allah!

Let alone on the above mentioned things, the Wahhabi’s did as well destroyed of sites associated with early Islam and site that related to the Prophet Muhammad PBUH, the Sahabat’s and his Ahlul Bay’t (the families of Rasulullah PBUH) like houses, mosque and including the old mausoleum.. Masha Allah..! Click here, here, here and here for reference.

It is clearly brought to you now that these groups of people is clearly the enemy of Allah, enemy of the Prophet Muhammad PBUH and enemy of the Sahabat. All of the prove is now naked in front of your eyes but yet we didn’t see it coming..? The Malaysian National Fatwa Council is still scared to announce that these groups of people (the Wahhabi) is one of the leading lost cult that should be taken seriously. They’re afraid if they do so, there would be no more ‘side-income’ pocket money be given to them.. The latest fatwa from the Egyptian Ifta did mentioned that any Wahhabi’s who committed such act like the one I’ve mentioned above as ‘Kilabun Nar’ and ‘Khawarij’ (The dog of hell and the Wahhabi’s are the Khawarij)..!

The truth is, in the world that we live today is already all controlled by the Wahhabi’s! This is the bitter truth which we cannot denied anymore. The center of Islamic world is on the Saudi Arabia.. And all of the Islamic countries is under the summons of Saudi Arabia and OIC which is lead by Malaysia. Too bad that all of these countries did not unite under the flag of Islam to go against the clearer and known enemy which is the Israel and their allies. In fact, Saudi Arabia, Malaysia and most of other Islamic countries nowadays has openly tied up a diplomatic relations with the United States which is clearly a known and strong allied and supporters to Israel..! So, is there any Islamic countries that is now being a known enemy to the US and Israel..?? Almost none right..? The answer is, there’s only 3 countries left who are openly against and being the worse nightmare for the US and Israel which is Iran, Syria and Lebanon.. And all three country is the world biggest Shia community.. The Shia community that has been regards as a cult people by the Wahhabi’s was actually a real nightmares to the US and Israel..!! So where have gone all the voices from the so-called Wahhabi’s in these issues..? Where are they..?

Right now, soon when Syria fall from the created so-called ‘people revolutions against the corrupt government’,  the Kafir Laknatullah which is the United States, Israel and their other allies will start to demolish Lebanon and finally attack start an on Iran and will cause the World War III which will eventually led us all, people of planet earth into the Armageddon abyss.. The war of End of Days..

Please now unite the people of Sunni and Shia.. Your enemy was clearly not among you but the exact one was right in front of your naked eyes..!

Unite now..!

2 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

    Saya hendak tanya bagaimana tuan boleh kata Syiah dan sunni berbeza tentang cara solat..tuan dah cari perbezaan yang lain? saya bagi contoh iaitu Rukun Iman dan Islam Al Sunnah Waljamaah dan Syiah..

    Rukun Iman ada 6 perkara:

    1) Beriman kepada ALLAH
    2) Beriman kepada Nabi dan Rasul
    3) Beriman kepada Malaikat
    4) Beriman kepada Kitab
    5) Beriman kepada Hari Kiamat
    6) Beriman kepada qada’ dan qadar

    Dalil Al-Quran berkenaan Rukun Iman

    ” Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
    RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya
    (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan
    dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-
    malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka
    sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
    (Surah An-Nisaa': 136)

    “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
    juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-
    malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi:
    “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami,
    dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
    (Surah Al-Baqarah: 285)

    “Dan Dia menciptakan tiap-tiap sesuatu, lalu menentukan keadaan makhluk-
    makhluk itu dengan ketentuan yang sempurna”
    (Surah Al-Furqan: 2)

    “Dan segala suatu di sisi-Nya ada qadar (ukuran) yang tertentu”
    (Surah Al-Rad: 8)

    Rukun Islam ada 5 perkara

    1) Mengucap dua kalimah syahadah
    2) Solat 5 waktu
    3) Berpuasa di bulan Ramadhan
    4) Menunaikan zakat
    5) Mengerjakan Haji di Mekah

    Dalil Al-Quran berkenaan Rukun Islam

    “Allah menyatakan bahwasannya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
    melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. (juga menyatakan yang demikian itu)
    para Malaikat dan orang-orang yang berilmu. Tidak ada Tuhan (yang berhak
    disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
    (Surah Ali-Imran: 18)

    “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat
    terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan)
    bagimu, amat belas kasih lagi penyayang terhadap orang-orang yang mukmin.”
    (Surah At-Taubah: 128)

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah, dengan
    memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan agama) dengan lurus,
    dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian
    itulah agama yang lurus.”
    (Surah Al-Bayyinah: 5)

    “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana
    telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”
    (Surah Al-Baqarah: 183)

    “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang
    yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Dan barangsiapa yang
    mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
    memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”
    (Surah Ali Imran: 97)

    Manakala Rukun Islam dan Rukun Iman bagi penganut Syiah adalah seperti berikut:

    Rukun Islam Syiah

    1. Tauhid (monoteisme)
    2. Nubuwwah (Kenabian)
    3. Imammah (Kepimpinan 12 Imam)
    4. ‘Adalah (Keadilan Allah)
    5. Ma’ad (Kebangkitan)

    Rukun Iman Syiah

    1. Shalat
    2. Puasa
    3. Zakat
    4. Khumus (Laba)
    5. Amar Ma’ruf
    6. Nahi Mungkar
    7. Tabbara (menolak musuh Ahlul Bayt a.s)
    8. Tawalla (mewalikan apa yang diwalikan oleh Allah SWT)

    BEZA KAN?, MEMANG BERBEZA! ada yang kata dalam rukun iman diorg mereka melekakan Wilayah yang pertama..

    perbezaan Sunni dan Syiah adalah aqidah, dan Syiah Imamaimah boleh hampir dgn Mazhab Imam Syafi’e dan..imam syafi’e mmg mengikut apa yang dari al-quran dan hadis rasulullah..dan ingat lah tuan, syiah ini suka mencela lebih2 lagi Sahabat dan Isteri Nabi, berbohong (taqiyah).adakah ia sifat yang terpuji mcm mana Rasulullah S.A.W bawa? jauh beza dgn akhlak Rasulullah? adakah peristiwa karbala dgn memukul badan sampai berdarah itu yang Nabi S.A.W ajarkan pada kita?

    sesungguhnya Akhlak Rasulullah bergitu mulia, ada 4 sifat Rasulullah S.A.W, Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah..

    Sifat-sifat Rasulullah:

    “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

    Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah.

    SIDDIQ

    Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.

    Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.

    “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5)

    AMANAH

    Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.

    “Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A’raaf: 68)

    Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.

    Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab:

    ”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya”……

    Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda SAW.

    TABLIGH

    Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

    “Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)

    “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.” (QS ‘Abasa: 1~2)

    Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS ‘Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)

    Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah menegur Baginda SAW.

    Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.

    FATHONAH

    Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

    Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.

    Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

    Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda SAW di atas di dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah SWT.

    Wallahua’lam..

    tuan adakah tuan dah kaji aqidah Al-sunnah Waljamaah?adakah tuan terus kaji aqidah syiah? tuan, syiah menghalal apa yang haram..tengok tentera al-assad (Syria-syiah) minum arak, bertatu..sedangkan dalam islam benda tu adalah haram untuk muslim..tengok lah fatwa2 Ulama’ Syiah terhadap Al-sunnah Waljamaah, mereka menghalalkan darah al-sunnah waljamaah.. maknanya orang syiah telah mengkafirkan sunni..kenapa x berperang dengan wahabi…kenapa dengan sunni yang mengikut al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W…itu yang terjadi di negara arab. seperti syria, iraq, iran, dan negara bahrian, jordan pun yaman pun ada syiah mereka pun memberontak tetapi tiada kuasa, kalau ada kuasa mereka akan buat seperti mana mereka tengok shabat2 (syiah) membununh sunni

    tuan jangan lupa sunni ada mendoakan ahli keluarga Rasulullah dan Sahabat nabi..

    Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

    dalam tahiyat akhir pun ada doa untuk keluarga Nabi seperti di bawah :

    Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli ‘ala Muhammad. Wa’ala a-li Muhammad. Kama sollaita ‘ala Ibrahim wa’ala a-li Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala a-li Muhammad. Kama barakta a’la Ibrahim wa’ala a-li Ibrahim. Fil ‘a-lamina innaka hamidummajid.

    maksudnya

    Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

    kenapa tuan perlu syiah yang sesat..syiah bukan mazhab..adakah Rasulullah menyuruh kita buat sepertimana orang Syiah di negara arab buat? Rasulullah menyuruh umatnya mengikuti Sunnahnya..Ahklak Rasulullah yang mulia..

    antara wasiat Rasulullah S.A.W kepada ummatnya :

    “Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

    “Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    “Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

    “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

  2. Muhammad ibnu Saud bukan salah satu kerabat saudi TAPi the founder of a country called SAUDi arabia. Tanpa dia , pihak british dan tanpa Muhammad ibnu Wahab, tk kan ade saudi arabia.. Pada waktu dia berkawan dgn Muhammad ibnu Wahab, tkde pon saudi arabia. Jadi mcm mana dia ble digelar kn salah satu kerabat negeri saudi yg blum ade?

Trackbacks/Pingbacks

  1. 6th MAKMAL© Series – The Untold Stories | Blog {dot} Farul Azri - [...] It’s been a while since I last wrote in English.. My last article in English was “Sunni vs Shia …

Feedback & Comments Here:

%d bloggers like this: