Pages Navigation Menu

Banjir Besar Kuala Lumpur 2012: Berhijrahlah..!

Posted on Mar 26, 2012 | 0 comments

Assalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarokatuh.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Sesungguhnya kalian telah diberitakan dan diberi amaran tentang banjir besar yang bakal melanda Kuala Lumpur di merata-rata sumber dari lisan mulut dan juga internet. Cuba semak kembali gambaran grafik yang aku pernah post dan tulis di dalam blog kecil ini pada posting yang terdahulu yang bertarikh Februari 6, 2012 di bawah tajuk ‘Semakin Hampir Dengan Urusan Itu…‘ Kalau dikirakan, apa yang aku tulis itu sudah agak terlewat juga sedang guru ku sendiri sekitar tahun ’70an lagi telah diberitahu ketika beliau berguru di Kuala Kangsar, “Bila datang waktu Presiden Amerika seorang dari keturunan kulit gelap, maka itulah tanda-tanda akan bermulanya penghujung dan penutup kepada segala sesuatu..” Nahh.. Masanya kini sudah tiba..

Ketahuilah.. Bahawasanya banjir yang berlaku pada 7hb Mac 2012 tempohari hanyalah bunga-bunga kecil sahaja.. Yang lebih besar bakal mendatang, Inshaallah Taala.. Kuasa Allah Taala melebihi segalanya.. Sedang hujan turun tanpa henti selama hanya 5 jam telah menjadikan tarikh 7hb Mac lalu sebagai satu tragedi pada ramai penduduk sekitar Kotaraya Kuala Lumpur.. Hanya 5 jam hujan tanpa henti mengakibatkan Smart Tunnel ditutup 3 hari selepas itu akibat air yang berlebihan dan tak mampu lagi menampung jumlah limpahan air.. Bayangkan kalau-kalau hujan masih turun keesokkan harinya, selepas Smart Tunnel ditutup apa yang bakal terjadi di Kuala Lumpur..?

Mari menyemak sejarah silam.. Kali terakhir Kuala Lumpur dilanda banjir besar ialah pada tahun 1971.. Hujan turun selama seminggu.. Kejap lebat dan kejap renyai dan bila sampai atas izin Allah Taala, maka banjir besar berlaku.. Mengikut catatan berita-berita lama dalam arkib, air di Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang seminggu untuk surut semula.. Dan dalam pada masa seminggu itu, pelbagai perkara buruk telah berlaku.. Catuan makanan dan bekalan air bersih, orang ramai terpaksa merompak jiran tetangga akibat keputusan bekalan makanan, kanak-kanak lemas, kehilangan nyawa dan harta benda serta beberapa perkara buruk yang tak mampu kita bayangkan lagi.. Dan apa khabar kita semua kalau-kalau urusan yang sama berulang kembali..

Pada tahun 1971, ketika banjir besar melanda Kuala Lumpur, yang sedang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan yang sedang duduk di Tahta Yang Di pertuan Agong pula ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.. Kini, dalam tahun 2012 anak kepada Tun Razak iaitu menerajui jawatan Perdana Menteri dan kitaran semula Raja-Raja Melayu menyaksikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki tahta Agong kali kedua.. Daulat Tuanku..! Semoga kali ini sabda Rasulullah SAW “As Sultan wal Zil’Lahu Fil’Alam..” menjadi kenyataan..

Tidak ada lagi peristiwa-peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 selepas-selepas ini.. Tidak ada lagi rusuhan antara kaum di Bumi Melayu ini.. Inshaallah Taala.. Apa yang tinggal hanyalah bila pemerintah Syria sekarang ini berjaya digulingkan dan Amerika serta Yahudi Israel laknatullah mula menyerang Iran, maka itulah yang tinggal.. Peperangan nuklear atau Nucklear Holocaust di antara Muslim di seluruh dunia dan kuffar laknatullah..! Dan kebangkitan itu, Inshaallah selepas banjir besar yang bakal menyusul di Kuala Lumpur akan datang.. Di bumi Melayu ini.. Pabila menjelmanya Pilihanraya ke-13 nanti.. Siap siagalah semua.. Mana-mana yang mengaku ‘top perang’, Panglima Perang dan sebagainya yang leher dan tangannya mereka dihiasi gelang-gelang perak bersaiz besar sehampir besarnya rantai basikal, yang kolar dan lengan bajunya mereka itu diangkat-angkat dan digulung ke atas.. Ini bukan lagi menjaga Ketuanan Melayu olok-olok yang kamu rencanakan.. Ini perjuangan kepada agama Allah Taala.. Maka buktikanlah ‘top perang’ kamu itu..

Banjir kecil-kecilan tempohari hanya bunga-bunga penyuluh kepada maksud yang lebih besar.. Perhatikan corak banjir yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Kuala Lumpur tempohari.. Hampir semuanya berlaku di kawasan yang berpenduduk lebih 70% orang Melayu.. Bukan kawasan Cina, bukan kawasan India.. Tapi kawasan Melayu.. Kampung Melayu.. Itu sebagai petanda bagi kamu-kamu bersedia bersiap siaga untuk berhijrah keluar.. Tinggalkanlah kota ini.. Kerana ini bukan lagi tempat kita mencari rezeki.. Suatu hari nanti.. Panji-panji hitam di ufuk Timur kini menanti..

Ini bukanlah penulisan untuk menakut-nakutkan kalian.. Belum berlakunya kiamat dunia itu selagi belum hadirnya Al Mahdi.. Tapi ujian berbentuk bencana alam dan sebagainya dari Allah Taala buat ummat manusia..? Seperti sabda Rasulullah SAW, sepertiga penduduk bumi akan hilang nanti akibat wabak.. Sepertiga lagi akan hilang akibat bencana alam.. Yang tinggal 2 kumpulan sepertiga baki itulah yang berperang.. Islam dan kuffar.. Maka bersediakah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. Jangan percaya pada kata-kata aku ini, tapi berdoalah pada Allah Taala mohon petunjuk dan perlindungan dariNya.. Inshaallah Taala kalian dibukakan hijabnya nanti.. Bersedialah untuk berhijrah.. Bersedialah untuk berhijrah.. Bersedialah untuk berhijrah..

Allahumasoli’ala Muhammad. Wa’ala Alihi Muhammad..

Jalan Yap Kwan Seng

Jalan Yap Kwan Seng

Pavilion Bukit Bintang

Pavilion Bukit Bintang

Menara UOA, Jalan Pinang

Menara UOA, Jalan Pinang

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Kampung Lembah Jaya Utara

Kampung Lembah Jaya Utara

Kampung Melayu Ampang

Kampung Melayu Ampang

Kampung Baru

Kampung Baru

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Tunku Abdul Rahman

Hulu Langat

Hulu Langat

Jalan Bukit Bintang

Jalan Bukit Bintang

Ampang

Ampang

Dataran Merdeka

Dataran Merdeka

Banjir Besar Kuala Lumpur 1971

Banjir Besar Kuala Lumpur 1971

Leave Comments