Pages Navigation Menu

Tempahan Tanjak atau Destar Melayu

Alhamdulillah.. Akhirnya aku mula rasa ada keyakinan untuk membuka tempahan ‘seni kain kepala’ kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki tanjak atau destar Melayu yang dibuat sepenuhnya dengan kaedah tradisional (kecuali teknik gerus). Setelah lebih 10 tahun aku mengkaji dan meneliti kerja kraf bangsa Melayu, kini aku bersedia untuk menerima tempahan.

Antara jenis-jenis bentuk, rekaan dan ikatan tanjak atau destar yang (Inshaallah sehingga setakat ini) mampu dibuat oleh aku adalah seperti berikut:

  1. Lang Menyusur Angin
  2. Tenggek Lang Melayang
  3. Lang Patah Sayap
  4. Dendam Tak Sudah
  5. Ayam Teleng
  6. Naga Emas
  7. Balung Raja
  8. Balung Ayam
  9. Sekelongsong Bunga
  10. Ayam Patah Kepak
  11. Ikatan Laksamana
  12. Pucuk Pisang
  13. Belalai Gajah
  14. Putera Kayangan
  15. Belah Mumbang

Untuk satu jenis ikatan tanjak masa yang aku ambil ialah sekitar 5-7 jam (bergantung kepada jenis lipatan dan jahitan) dan antara teknik-teknik terpilih yang aku gunakan sepanjang tempoh pembikinan tanjak atau destar ini ialah:

  1. Berada dalam keadaan bersih dan berwudhuk
  2. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, Fatihah, 4 Qul dan Ayat Qursi
  3. Disambung dengan selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad Rasulullah SAW
  4. Disambung dengan Zikrullah sepanjang pembikinan

Kemudian ianya disambung dengan teknik-teknik lipatan, ikatan dan jahitan Melayu tradisional sebelum siap sepenuhnya iaitu:

  1. Langkah bermula
  2. Risik melangkah
  3. Risik bertemu
  4. Cincin dikembang
  5. Lambai kasih
  6. Kasih berjawab
  7. Kasih bermula
  8. Bertemu kasih
  9. Gelombang kasih
  10. Lambaian kasih

Perkhidmatan tempahan tanjak atau destar yang aku sediakan ini menggunakan kain-kain songket terpilih seperti songket bunga tabur, songket bunga dalam dan songket bunga penuh. Setiap tempahan tanjak akan didatangkan sekali dengan kain sampin songket lepas dari bunga dan corak yang sama dengan tanjak tersebut. Memandangkan aku melakukan kerja-kerja mengikat tanjak ini seorang diri, jadi setiap tempahan hanya mampu disiapkan dalam masa dua minggu selepas tarikh yang dipersetujui bersama.

Harga bagi jenis-jenis ikatan tanjak atau destar ini adalah berbeza mengikut jenis kain dan juga jenis lipatan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung secara peribadi melalui borang di sini atau tinggalkan komen dibawah.

Wassalam.

19 Comments

  1. Saudara Farulazri,

    Berapa harga satu set tanjak Setangan Air kepala orang dewasa jenis kain songket biasa atau songket Thai warna dark purple. Ini untuk perkawinan anak lelaki saya, menyampai hajat orang tua saya supaya dipakaikan tanjak setangan air dari Kelantan. Harap dapat reply daripada saudara. Jika perlu saya sediakan songket, saudara nyatakan upah sahaja. Sekian Terima Kasih. Salam

  2. Salam Tuan Haji,

    Maaf atas kelewatan membalas kiriman Tuan. Dukacitanya dimaklumkan bahawasanya saya tak pandai mengikat tanjak-tanjak dari negeri Pantai Timur Termasuk ‘Setangan Air’ atau ‘Setangan Isih’ kecuali satu jenis tanjak sahaja dari Negeri Terengganu Darul Iman iaitu ‘Belalai Gajah’. Maafkan saya lagi sekali Tuan. Tapi kalau-kalau Tuan ada rancangan ke Kuala Lumpur, boleh saya bawa ke Wisma Yakin kerana di sana ada seorang yang mahir mengikat tanjak dari pelbagai negeri, Inshaallah.

    Wassalam

  3. Salam tuan,

    Tanjak tuan sangat cantik. Nak sangat jumpa tuan farul untuk bersembang berkongsi maklumat. Kalau tak keberatan boleh email kan saya no hp tuan di wafariz@hotmail.com. No telefon saya 013-3838523 – fariz.

  4. Waalaikumsalam Tuan Fariz,

    Terima kasih sudi menyinggah ke teratak kecil ni. Inshaallah, boleh sahaja kalau ada jodoh bertemu di sekitar Kuala Lumpur.. Nanti saya sms nombor telefon saya ke nombor Tuan.

  5. hehehe tak yah aJar dah…

  6. Salam Pak Syed Sang Kasturi.. Dalam hal-hal ini, saya perlu berguru dengan Pak Syed.. hahaha

  7. salam en…sya dr kedah,sekarang sya dok buat tengkolok utk bakal pengantin area kedah,ingin nak memperluaskan ilmu utk tanjak dr negeri2 lain.lagi pun saya dh cemus dgn dgn satu jenis tu,boleh en bg tunjuk ajar?

  8. salam en farul….boleh sms no hp en tak?saya nak bertanya sesuatu 0175597009.terima kasih

  9. Salam Tuan Wan Azman.. Kalau ke Kuala Lumpur, boleh hubungi saya melalui email atau di sini.. Inshaallah boleh diadakan perjumpaan untuk belajar secara ringkas mengenai ikatan tanjak Melayu..

  10. Sy nk hubungi tuan tp x tau hp no…blh hubungi sy 0122437077

  11. salam. saya ingin menempah tanjak. bagaimana caranya hendak menghubungi encik? no sy 0136785987

  12. Assalamualaikum…
    Tumpang tanya.. berapa upah ikat tengkolok dendam x sudahkalau saya sediakan kain?

  13. Assalammualaikum… Sy ingin mnempah tanjak.. Mcmane nak mghubungi tuan… Ni no sy 0127794491.. Terima kasih

  14. Salam Tuan,

    satu perkongsian yg baik dan bagus, lagi2 bab adat/amalan ketika membuat tanjak itu. harap ada lagi perkongsian seperti itu lagi2 yg berkaitan dgn amalan islam yg benar2 meresapi adat melayu :)

    • Semalam baru berbual cerita pasal tanjak. Macam mana nak beli.. no hp saya 01115429866

  15. Salam , sy nk tempah 3 tanjak dan bengkung ni.. brp ye ukuran kain yg diperlukan utk setiap 1?

  16. Salam,

    Harap tuan dapat email saya tentang kos dan durasi waktu diperlukan
    bagi proses pembikinan tanjak untuk tempahan.

    Terima Kaseh.

    Wasalam.

  17. tuan saya nak tempah tanjak dengan tuan ikatan panglima dua warna hitam dengan purple saya bayar kain nya kalau boleh biasa biasa saja kain nya ni no talipn saya 0173647872

  18. Salam tuan,yg dalam gambar kat atas tu apa nama ikatannya?
    Nampak cantek…

Feedback & Comments Here:

%d bloggers like this: