Pages Navigation Menu

Seni Ikatan Tanjak atau Destar Melayu

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Baru-baru ini ada seorang sahabat tanya pada aku, “Tak ada sesiapa ke yang sudi buatkan satu kelas untuk mengajar cara-cara mengikat tanjak Melayu ni? Kalau tak ada yang sudi mengajar, macam mana budaya warisan Melayu ni nak dipelihara dan macam mana anak-cucu nak kenal budaya bangsa..?”

Aku hanya mampu tersenyum sambil perhatikan sahabat tu. Betul apa yang dikatakannya tu. Lalu aku pun menjawab, “Di Malaysia sekarang ni hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi orang yang masih tahu mengikat tanjak Melayu. Kebanyakkannya dari mereka-mereka ini semuanya dah separuh abad umurnya. Dah tua. Mana mampu lagi nak buat kelas mengajar. Yang masih muda-muda yang aku tahu adalah dua-tiga orang. Seorang namanya Muhammad Yatim Mustaffa, di Kedah, seorang lagi yang aku kenal ada di Wisma Yakin, Kuala Lumpur yang mampu membuat pelbagai jenis ikatan tanjak atau destar Melayu.. Mereka-mereka ini semuanya sibuk saban hari dengan kerjaya masing-masing. Sama juga macam aku, kesibukkan di pejabat menghalang aku untuk mengadakan kelas ikatan tanjak. Sedang nak turun gelanggang bersilat pun sekarang ni aku kena curi-curi masa.. Haha.” Balas aku sambil ketawa besar..

Tapi inilah realiti dan senario yang dapat kita lihat hari ini. Ramai sebenarnya pembuat tanjak di Malaysia ni, tapi rata-ratanya ramai yang hanya kenal dan tahu cara melipat ‘Dendam Tak Sudah’ sahaja kerana itu sahajalah ikatan tanjak yang popular di kalangan raja sehari. Jadi Mak Andam dan Pak Andam pun dah malas nak ambil tahu jenis-jenis lipatan dan ikatan yang lain. Sayang seribu kali sayang.. Tapi apa daya kita?

Setelah beberapa minggu aku mencari di internet kalau-kalau ada di tunjukkan cara mengikat atau membuat tanjak (gambar atau video) aku hanya menemui dua sahaja. Satu video ‘Tanjak Making In Pekan‘ yang menunjukkan cara pembuatan ‘Lang Menyusur Angin’ dan satu lagi berjudul ‘Tengkolok’ (yang ternyata salah teknik yang dibuat oleh anak muda tersebut). Di sebabkan atas kesibukkan aku juga, aku sendiri gagal mengadakan kelas-kelas lipatan dan ikatan tanjak Melayu. Tapi apa yang termampu aku lakukan hanyalah dengan menghasilkan rakaman video ini yang Inshaallah boleh menunjukkan cara yang mudah difahami oleh orang ramai mengenai cara sebenar mengikat tanjak atau destar atau tengkolok..

Semoga dengan cara mudah ini, kita dapat berusaha bersama untuk melestarikan dan memelihara warisan budaya bangsa Melayu ini. Sebar-sebarkan lah video ini agar menjadi kegunaan buat semua. Amin dan Inshaallah!

NOTA (Di kemaskini pada 9hb Mei 2014): Buat pengetahuan pembaca yang dihormati sekaliannya, saya kini tidak lagi mengambil sebarang tempahan untuk menyolek / membuat / melipat tanjak akibat kekangan masa kerja yang terlalu meruncing. Walau bagaimanapun, jika ada mana-mana pembaca yang ingin menempah set tanjak, Tuan-Tuan dan Puan-Puan masih lagi boleh berbuat demikian dengan berhubung terus kepada sahabat saya, Tuan Hamzah (Seri Maulid) di nombor + (6) 013 305 1985 ATAU Tuan Khairul Hafiz (Serunai Fakir) di laman blog ‘Kronikel Tanjak Melayu‘ atau berhubung terus di talian + (6) 019 241 4928 untuk bercakap dengan beliau. Sekian terima kasih.

22 Comments

  1. Alhamdulillah… sekian lama mencari cara2 ikat tanjak… walaupun kurang jelas yg last tu part ikat, tp at least tau juge akhirnye…. Nak cari buku cara2 ikat xde jmpe, nk berguru, xtau plak di mana ada kt Perak ni… :)

  2. lupe mau tanya, ni ape nama nye tanjak gaya ni?

  3. Syukur Alhamdulillah.. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan dengan khalayak luas supaya terpelihara seni warisan turun temurun.. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. Inshaallah..

    Gaya ikatan ini namanya ‘Tenggek Lang Melayang’ yang dahulunya dipakai panglima dan hulubalang dari Kedah Darul Aman dan beberapa negeri lain..

  4. bagus la video ni..=)..perbanyak kan lg..=)

  5. tq azri!
    tp sy x boleh bkk, access denied,
    awak boleh attach video dkt email sy x?
    hihi

  6. Inshaallah nanti saya hantarkan ke email Puan.. ;)

  7. Salam alaik.

    teringin nak bertandang ke rumah En Farul semalaman dan belajar cara mengikat tanjak dengan En Farul. Insyallah kalau diizinkan Allah.

    Thumbs up for this entry. kalau dapat perbanyakkan lagi video mengenai cara mengikat tanjak ini mungkin lagi baik. ^^

  8. salam, kalo tidak keberatan boleh x bgthu sayer nama rentak/irama yg mengiringi video ni ????

  9. Assalammualaikum Tuan Warid, Inshaallah Taala, kalau ada jodohnya nanti pasti sampai hajat untuk belajar..

    Puan Nuraini Taib: Lagu yang dimuatkan dalam video tersenut adalah berentak Melayu Asli.. Lagu pertama berjudul ‘Selendang Mak Inang’ dan lagu kedua berjudul ‘Anak Dara Rindu’.. Allahyarham Tan Sri P Ramlee pernah menyanyikan lagu tersebut.. ;)

  10. terime kasih saudara kerana memberitahu tajuk irama melayu tersebut…..:-)

  11. Salam.boleh tak nyatakan ukuran panjang kain yg digunakan? Terima kasih

    • Waalaikumsalam Warahmatullah.. Kebiasanya ukuran bagi kain untuk mengikat tanjak adalah sekitar 30′ x 30′ atau 35′ x 35′..

  12. pkai tanjak ye jgn pkai songkok sbb songkok tu budaya india :P

  13. “dan dijunjung (di atas kepala) orang Melayu itu hanya ada 3 perkaranya, alquran, keris, tanjak. ” – Orang Kaya Datok Laksamana Tun Tuah

  14. tq sedara mmg ni la yg sya cri.. lusa adik ipar dah nak nikah tp tanjak xder..tp dgn adanya video ni sya dah x pyh risau.. boleh buat sendiri.. Alhamdulillah..

    • Boleh ikut kursus yangdianjukkan oleh komuniti keris warisan

  15. Salam 1Malaysia saudara. Saya tertarik dengan kemahiran saudara membuat tengkolok. Boleh tak saudara berikan panduan bertulis untuk saya.
    Terima kasih.

  16. woooowwww,,,,,dahsyat lh,,,teringin pulak time wedding nnti i yang wt kn tuk calon huby i,,,,

  17. alhamdulillah,trimakasih bang farulazri,saya dari RIAU,INDONESIA,.dan cinta budaya melayu,sekian lama saya mencari tentang seni ikatan tanjak/tengkolok ini,terusterang melayu KITA sangat kaya,dan saya masih menjunjung tinggi azas budaya melayu terutama quran,keris dan tanjak

  18. cara pakai ikatan dibelakang ke tuan?

  19. Alhamdulillah akhirnya sya dapat belajar sendiri san dapat menghasilkan tanjak utk costume menari saya sendiri….kalau ada jenis tanjak lain yg dapat sya pelajari saya harap dapat belajar….

  20. Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 – 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.

Feedback & Comments Here:

%d bloggers like this: