Pages Navigation Menu

Kembali Kepada Fitrah (Bahagian #1)

Posted on Sep 22, 2011 | 4 comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rasanya sudah berabad dan berdekad aku tak menulis dalam Bahasa Ibunda Melayu. Asyik-asyik nak latih tubi bahasa penjajah Inggeris sahaja selama ni yang keluar dari lidah dan mulut aku. Sejak kebelakangan ni aku leka dengan bahasa asing di dituturkan sehari-hari di pejabat, sewaktu beristirehat bersama sahabat, sewaktu riadah.. Aku sesat dalam berbahasa sebenarnya..! Tapi sejak hari-hari penghabisan Ramadan 1432 hijrah baru-baru ini, aku rasa seperti diketuk kepala oleh sesuatu yang tak bisa terlihat oleh pandangan kasar aku. Seolah-olah datang satu kesedaran ikhlas dari ruang gelap dalam diri menyatakan bahawasanya aku harus berbangga dengan Bahasa Ibunda sendiri. Seharusnya aku dalami dan fahami keindahan bahasa sendiri. Seharusnya aku kembangkan lagi penggunaan bahasa Melayu yang asli.. bukan bahasa Melayu anak-anak muda hari ini.. Ahh.. Terlalu banyak ‘seharusnya’ yang belum mampu aku gelandangi lagi..

Dari itu, aku mengambil keputusan untuk mula menulis secara berperingkat di dalam Bahasa Melayu.. Alhamdulillah, pada pertengahan Syawal 1432 hijrah ini juga, aku mula mengambil langkah pertama bagi menempuh berjuta batu lagi jauhnya perjalanan dihadapan. Suatu perjalanan yang secara jujurnya pernah aku lalui dahulu, tapi telah lama aku tinggalkan.. Inshaallah aku akan bersama ‘jalan’ ini selamanya mulai dari hari ini.. Rasanya kini aku sudah kembali.. Kembali kepada fitrah ku sebagai Muhammad Farul Azri ibn Muhammad Saleh Ibn Tok Wan Hashim Ibn Tok Abdullah Ibn Tok Lebai Ishak..

Ya Allah Ya Tuhanku.. Permudahkan lah segala urusan ku.. Limpahkanlah cahaya serta kurnia mu ke atas ku.. Dengan syafaat Baginda Muhammad Rasulullah SAW, penghulu ku.. Amin ya robbal alamin.

NOTA KAKI: Tiada lagi tulisan Jawi wujud di Bumi Bani Jawi hari ini tetapi aku terjumpa satu poster biskut di Pulau Pinang dalam kembara baru-baru ini.. Ramai lagikah yang boleh membaca Jawi?

Leave Comments

Happy Eid ‘Ul Fitri 1432 Hijra

Posted on Sep 6, 2011 | 0 comments

Farul Azri & Aisya Imani

Sempena hari yang baik dan bulan yang baik ni, aku menyusun 10 jari mohon pengampunan pada semua salah dan silap serta ketelanjuran aku dalam apa sahaja urusan.. Mohon maaf zahir dan batin..

Leave Comments